Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > Rolex Oyster Perpetual Land-Dweller 2025: Kemewahan Abadi
Rolex Oyster Perpetual Land-Dweller 2025: Kemewahan Abadi
Didorong oleh visi tunggal untuk mencipta revolusi dalam setiap aspek pembuatan jam tangan, Rolex tampil berani meneroka horizon baharu dalam dunia horologi menerusi koleksi tahun 2025. Ketekunan tanpa kompromi terhadap kesempurnaan, jenama unggul dari Switzerland ini sekali lagi membuktikan bahawa masa bukan sekadar dikira tetapi dicipta dengan keindahan dan keagungan.
Kemunculan Oyster Perpetual Land-Dweller mencatat lembaran baharu dalam sejarah Rolex. Sebagai kemuncak kepakaran jenama ini, model Land-Dweller mewakili lebih daripada sekadar sebuah jam ia adalah lambang pencapaian teknologi dan ketukangan luar biasa. Sebanyak 32 hak paten berkaitan dengan rekaan ini, di mana 18 daripadanya eksklusif hanya untuk Land-Dweller, termasuk 16 paten yang khusus kepada pergerakan dalamannya kaliber 7135 berfrekuensi 5 Hz yang luar biasa.
Jam ini juga diperhalusi dengan tali Flat Jubilee yang direka khusus untuk koleksi ini, menyatu begitu lancar dengan bingkai jam sehinggakan hampir tidak dapat dibezakan. Tersedia dalam dua saiz 36 mm dan 40 mm, Land-Dweller hadir dalam pelbagai kombinasi logam berharga termasuk versi white Rolesor dengan bezel beralur dan dail putih intensif bermotif sarang lebah. Setiap inci perincian direka untuk mencapai prestasi superlatif yang sesuai untuk apa jua suasana, melambangkan keseimbangan antara pemakai dan dunia sekelilingnya.

Oyster Perpetual Land-Dweller 36

Oyster Perpetual Land-Dweller 40
Dari Land-Dweller 40 dalam platinum 950, hingga model Everose gold 18 ct yang mewah dan varian Rolesor putih yang tampak bersahaja namun anggun, setiap variasi adalah puisi mekanikal yang menyatu antara ketelitian teknikal dan estetika elegan. Dalam pencarian berterusan ke arah kecemerlangan, Rolex terus menolak sempadan inovasi sambil mengekalkan seni ketukangan klasik yang tak lapuk dek masa. Koleksi 2025 adalah lambang dedikasi Rolex terhadap keseimbangan antara fungsi dan keindahan, mempamerkan DNA jenama yang berpaksikan ketepatan, kebolehpercayaan dan gaya sofistikated. Dengan Land-Dweller, Rolex tidak hanya mencipta masa, ia membentuk legasi. Artikel berkaitan: A Watch Born to Explore : Ekshibisi Eksklusif RolexView this post on InstagramA post shared by ROLEX (@rolex)
See Also
Jam Code 11.59 Oleh Audemars Piguet Hadir Dalam Emas Merah Jambu
Interpretasi Elemen Feminin Franck Muller Melalui Vanguard Lady
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Simbolik Kesempurnaan Dengan Patek Philippe
An Affair with Timekeepers
Tambour Twenty Penaklukan Arloji Terhebat LV![]()
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Masa Terindah Ameera Khan Tatkala Beraya
BY Aizat Aidid
Apr 06, 2026
Wanita Perintis Yang Menawan Langit: Kisah Berani ...
BY Farhana Fuad
Feb 26, 2026
Cerita Masa di LVMH Watch Week 2026
BY Farhana Fuad
Jan 28, 2026
24 Jam Tanpa Henti, Satu Legasi Yang Tidak Pernah ...
BY Farhana Fuad
Jan 28, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
