Tampilan Gaya Selebriti Di After Party Met Gala 2025
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
May 08, 2025
Use your ← → (arrow) keys to browse
GLAM tidak terhenti di acara karpet merah kerana after party Met Gala 2025 adalah yang seterusnya! Malam penuh glamor menyaksikan para selebriti tampil lebih bebas dan bergaya, meraikan malam fesyen terbesar yang dihadiri seperti Kendall Jenner, Jennie Kim, Rihanna, A$ap Rocky, Zendaya dan ramai lagi.
Selepas malam penuh gemerlapan di permaidani merah Met Gala 2025, dunia fesyen tidak berhenti bernafas malah berterusan ke malam yang lebih intim dan eksentrik. Jika acara utama menyaksikan selebriti mengangkat tema “Superfine: Tailoring Black Style” dengan elegan dan bergaya, after party Met Gala pula menjadi pentas untuk penampilan yang lebih bebas, eksperimental dan penuh personaliti. Malam itu bukan sekadar perayaan gaya, tetapi juga sebuah penghormatan kepada keberanian berekspresi, ketika selebriti memilih untuk mengabaikan norma dan tampil dengan identiti sebenar mereka sambil meraikan.
Fesyen Terus Menyala di After Party Met Gala 2025
Daripada fesyen yang ekstravaganza hingga ke sut rekaan khas, himpunan fesyen di after party Met Gala memperlihatkan kepelbagaian estetika yang lebih tersendiri. Beberapa selebriti yang tampil memukau termasuk Zendaya yang beralih daripada busana serba putih gading, kemudiannya hadir dengan busana merah burgundy yang berketerampilan elegan dan glamor. Selain itu, Sabrina Carpenter mencuri tumpuan dengan kot bulu berona kuning terang daripada Louis Vuitton, turut diperlihatkan hadir bersama-sama dengan Jenna Ortega yang tampil bergaya dengan bodysuit blazer yang memberi sentuhan segar kepada fesyen feminin maskulin. Namun, penampilan Kendall Jenner yang cukup chic berbusana ikonik daripada Thierry Mugler pula, nyata mencetuskan bualan terhangat di media sosial. After party Met Gala 2025 menjadi bukti bahawa fesyen bukan sahaja untuk dilihat, namun ia adalah ruang di mana selebriti tidak hanya menyambung malam dengan tarian dan muzik, tetapi juga mempersembahkan gaya yang lebih intim dan tersendiri. Daripada pentas rasmi ke ruang peribadi, mereka mengukuhkan hakikat bahawa fesyen adalah tentang identiti, kebebasan serta keseronokan. After party bukan hanya penutup kepada malam fesyen yang bersejarah, tetapi sambungan kepada naratif gaya yang tidak pernah pudar.1. Kendall Jenner
Use your ← → (arrow) keys to browse
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
