4 Legging Terbaik Untuk Wanita Semasa Bersenam
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full Bio1. Lululemon – Align High-Rise Pant
Lululemon terkenal dengan fabrik Nulu yang lembut dan ringan, menjadikan legging ini pilihan ideal untuk yoga dan senaman ringan. Align High-Rise Pant menawarkan rasa seperti “second skin” yang memberikan kebebasan pergerakan maksimum. High waists memberikan sokongan untuk bahagian abdomen, manakala jahitan yang minimal mengurangkan geseran semasa bergerak.
2. Shopterrae – All Day Leggings Heartcore Pink
Ada pelbagai jenis legging di pasaran, tetapi ada juga yang tidak pernah anda mahu tanggalkan. All Day Leggings Heartcore Pink dicipta khas untuk kegunaan harian, memastikan anda selesa tanpa mengira apa sahaja aktiviti yang anda lakukan.
3. Cheak – Power Legging
Cheak menawarkan legging berkualiti tinggi dengan teknologi fabrik BaseFlex® yang menggabungkan elastisiti dan sokongan yang seimbang. Ia direka khas untuk senaman intensif seperti crossfit, dengan fabrik yang menyerap peluh dengan cepat dan menjaga badan tetap kering.
4. Alo – High-Waist Airbrush Legging
Alo Yoga terkenal dengan reka bentuk yang bergaya dan fabrik berkualiti tinggi. High-Waist Airbrush Legging menggunakan fabrik Airbrush yang memberikan rasa yang licin, sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan bergaya semasa bersenam. Ia sangat sesuai untuk yoga, pilates, dan senaman ringan. Walaupun memerlukan penjagaan khas semasa mencuci untuk mengekalkan kualiti fabrik, hasilnya berbaloi dengan penampilan yang menarik dan keselesaan yang diberikan.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
