Kate Spade Perkenalkan Duo, Empat Gaya Dalam Satu Beg
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioKate Spade New York memperkenalkan Duo, beg serba guna yang menggabungkan pelbagai gaya dalam satu rekaan versatil untuk wanita moden.
Musim luruh 2025 ini, kate spade new york kembali dengan satu penciptaan yang mendefinisikan semula maksud praktikal, versatil dan penuh gaya. Dalam semangat meraikan jenama yang terkenal dengan siluet klasik dan rekaan moden, lahirlah Duo, beg tangan ikonik baharu yang menyuntik kehidupan dalam setiap gaya pemakaian harian, dari pagi yang santai ke malam penuh glamorBeg tangan yang boleh berubah bentuk
Kate Spade Duo penuh versatil

Reka bentuk Duo bukan sekadar cantik di mata, malah direka untuk bergerak seiring dengan kehidupan moden — pantas, berubah, dan sentiasa penuh kemungkinan. Ia hadir sebagai satu slouchy bag yang chic, dengan struktur yang cukup fleksibel untuk berubah mengikut keperluan dan suasana. Empat gaya dalam satu beg? Ya, Duo boleh digayakan sebagai beg silang badan (crossbody) untuk gaya kasual, beg bahu (shoulder bag) yang lebih feminin, beg pinggang (belt bag) untuk sentuhan sporty, dan sebagai clutch yang ringkas dan elegan.
Dalam dunia fesyen di mana fungsi dan stail perlu bergerak seiring, Duo berdiri sebagai lambang keanggunan moden yang tidak menyusahkan. Sama ada anda sedang mengejar kopi atau matcha di kafe, bersantai hujung minggu di luar kota, atau ke acara makan malam, Duo sentiasa bersedia menyesuaikan diri dan tampil dengan penuh gaya.

Warna-warna yang ditawarkan juga tidak mengecewakan. Paletnya diilhamkan daripada gabungan evergreen dan timeless daripada hijau dried thyme, burnt sage, dan lime slice kepada hitam klasik, krim cashew milk, dan abu-abu cinder grey yang minimalis dan mudah dipadankan. Untuk anda yang lebih sukakan tekstur unik, koleksi ini juga hadir dalam versi suede mewah serta edisi khas leopard haircalf yang dijangka dilancarkan awal September ini, cukup sempurna untuk musim luruh.

Seperti biasa, setiap perincian Duo mencerminkan DNA kate spade yang sebenar: kemasan halus, perincian sofistikated, dan sentuhan playful yang menjadi identiti jenama ini. Ia adalah beg yang bukan sahaja menyimpan barang harian anda, tetapi juga membawa bersama personaliti anda.
Kini, koleksi Duo Bag boleh didapati di semua butik khas Kate Spade New York di seluruh negara. Satu pelaburan stail yang tidak hanya cantik dipandang, tetapi juga menjawab keperluan wanita moden yang sentiasa bergerak, mencari keseimbangan antara gaya dan praktikaliti.
Artikel Berkaitan: Ice Spice & Charlie D’Amelio Hiasi Kempen Kate Spade New York!
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
