Ini Trend Fesyen 2026 To Look Forward
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioThe Big Trend To Watch 2026
1. Maximal Mood
Maximalism kembali menguasai landskap fesyen sebagai satu perayaan keberanian dan keterlaluan yang disengajakan. Variasi palet warna, cetakan yang berani bertembung dengan siluet berlebihan, membentuk gaya yang mencuri perhatian. Perhiasan besar, tekstur mewah dan lapisan yang kaya menambah dimensi, lantas menjadikan penampilan ini seperti sebuah naratif fesyen yang hidup. Ia seolah elemen yang bermain dengan rasa keseronokan, mengimbau glamor lampau dengan sikap yang lebih bebas. Dalam dunia fesyen yang dahagakan ekspresi diri, maximalism diraikan sebagai keberanian untuk tampil berbeza dan menikmati fesyen tanpa had.
2. Layering Is Still In
Walau trend layering sudah mula mendominasi di era-2025, trend ini dijangka bakal terus menyemarak memasuki tahun baharu. Trend fesyen ini bergerak melangkaui fungsi, muncul sebagai bahasa gaya yang penuh ekspresi dan berani terutama di kalangan generasi Z. Dengan permainan tekstur, proporsi dan gabungan yang tidak dijangka, setiap lapisan membina kedalaman visual yang terasa sengaja dan bernarasi. Helaian asas diangkat menjadi sesuatu yang baharu apabila siluet besar bertemu potongan kemas, mahupun gaun dan skirt berfungsi di luar kebiasaan. Gaya ini membebaskan fesyen daripada musim, membolehkan pakaian dipakai semula dalam konteks yang berbeza dan lebih segar.
3. The Return Of The Straight And Skinny Jeans
Jika barrel leg jean mendominasi era 2025, tahun 2026 menyaksikan kebangkitan semula straight dan skinny jeans yang ikonik. Penggemar Y2K pasti teruja, kerana bukan sekadar straight jeans yang kembali, tetapi juga low-rise skinny yang pernah kontroversial. Kali ini, proporsi menjadi kunci buat potongan panjang melewati buku lali yang menegaskan garis kaki, menjadikan setiap helaian denim sebagai pernyataan gaya yang berani namun tersusun. Ia seperti nostalgia lampau dengan sentuhan gaya yang kontemporari.
4. Cloud Dancer
Trend rona putih mungkin memberi pengaruh luas selepas diumum sebagai Pantone Color of the Year. Cloud Dancer berakar pada Pantone Color of the Year 2026, sebuah putih berkrim malap yang lembut dan tenang. Ia melambangkan kedamaian, kesederhanaan dan permulaan baharu selepas dunia yang penuh kekalutan dan rangsangan berterusan. Walau mendapat pelbagai reaksi kerana kehalusan dan kelegaan warnanya, ia hadir sebagai respons halus terhadap keletihan digital, merangkul minimalisme, keselesaan dan kemewahan senyap yang terasa ringan namun berautoriti. Trend warna ini pastinya akan digemari buat penggemar fesyen minimalis.
5. Fringe Skirt
Fringe kembali menyemarakkan fesyen 2026, tetapi bukan lagi dalam bentuk festival-era yang dramatik. Kali ini, ia muncul sebagai sentuhan yang effortless, menambah tekstur dan kedalaman yang ditampilkan dalam bentuk helaian skirt. Di koleksi Chanel Métiers d’Art, diperlihatkan satu busana yang mana hujung kainnya sedikit berumbai yang memberikan gerakan lembut pada siluet klasik, lantas memancarkan tampilan yang terasa hidup. Sementara itu, Louise Troutter di debut koleksi Bottega Veneta, mengambil pendekatan lebih berani dengan fringe skirt yang cukup mencuri tumpuan. Trend ini membawa satu pernyataan fesyen yang mengangkat bahasa gaya moden dengan gabungan ekspresi, gerakan dan keanggunan hanya dengan satu helaian.
6. Scarf It Up
Item fesyen skarf kini melangkah keluar daripada peranan tradisionalnya di leher, menjelajah ke wilayah yang lebih kreatif. Di pentas Louis Vuitton, skarf klasik daripada wol diubah menjadi tali pinggang, membuktikan bahawa aksesori sederhana mampu mengubah keseluruhan penampilan. Lilitan di pinggang menambah bentuk pada gaun longgar, manakala lilitan di atas seluar mengubah gaya asas menjadi lebih playful, kreatif dan menarik perhatian. Ia menjadi cara mudah untuk menyegarkan gerobok pakaian sedia ada, sambil tetap berada selangkah di hadapan trend.
7. Bright Hue
Walau rona putih Cloud Dancer menjadi warna tahunan untuk 2026, kombinasi rona cerah turut banyak diperlihatkan mendominasi pentas fesyen Musim Bunga/Musim Panas. Dari neon hijau, biru elektrik, merah jambu menyala hingga ke jingga yang tajam, palet super-saturated ini membalikkan mononton warna lembut dengan keberanian yang menyerlah. Dipakai sepenuhnya atau sekadar sebagai sentuhan pada aksesori, pelat cerah ini menghidupkan siluet ringkas, tampak bertenaga dan ceria. Trend ini menolak kesederhanaan, sebaliknya meraikan kegembiraan dan ekspresi berani dalam setiap penampilan.
8. Stylish Practical Bag
Beg yang praktikal dijangka bakal lebih menguasai untuk tahun 2026, selepas tampil menonjol di pentas-pentas fesyen seperti Dior, Loewe, Louis Vuitton dan banyak lagi. Justeru, lebih ramai penggemar gaya kini menghargai aksesori yang bukan sahaja bergaya tetapi juga berguna. Dengan struktur tersusun, ruang yang optimal dan perincian halus yang menawan, ia sudah pun mencukupi buat penata gaya tambahan yang memberi keseimbangan antara kefungsian dan estetika. Ia adalah definisi baharu kemewahan. Bijak, bergaya dan relevan dengan rentak kehidupan moden.
Artikel berkaitan: Ini Trend Fesyen Yang Memancarkan Aura ‘Diva’s Coded’!
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
