Elemen Renaissance & Baroque Inti Pati Jelas Koleksi “Wunderkammer” Aigner
The Road Less Traveled
Karnival Fesyen Rio Di Pentas Innai Red
Amelia Henderson & Hael Husaini Cadangkan Trik Gaya Easy Glamour
Antara Militari, Kelasi Dan Power Woman Di Prada
Home > Fesyen > Athina Kamarudin, Michelle Frendiaz & Lareeze Galvez: Wajah Neo-Santara Kita

Athina Kamarudin, Michelle Frendiaz & Lareeze Galvez: Wajah Neo-Santara Kita

Berbeza asal-usul, rupa dan paras tapi berkongsi minat yang satu. Kenali Athina Kamarudin, Michelle Frendiaz dan Lareeze Galvez— ‘beauty without borders’.

pengarah kreatif Aizat Aidid konsultan kreatif Cheah Wei Chun pengarah seni kanan Khairani Ramli pengarah seni Amirul Arifin gambar Edmund Lee/Hexa Studio solekan KF Bong dandanan Olivia Ooi teks Izzati Saadin penyelaras Syahirah Hussain lokasi Glasshouse at Seputeh

Wajah wanita Asia sering dilabel sensually eksentrik, dan rata-rata rumah fesyen inginkan suntikan ini mewakili DNA mereka. Namun apa yang dikagumi bukan sekadar wajah, tapi semangat, passion dan keyakinan mereka adalah melebih segalanya. Ketiga-tiga peragawati ini asalnya tiada niat untuk menjadikan dunia peragaan sebagai karier, tapi mereka tahu jika ada satu peratus kepercayaan daripada yang tersayang, 100 peratus akan mereka berikan demi menyahut cabaran.

Michelle Frendiaz

Gadis tinggi lampai kelahiran Indonesia ini asalnya menganggap ketinggiannya itu satu kekurangan, sering dilihat paling tinggi antara rakan-rakan sebaya. Dari situ juga Michelle tampil tidak yakin dan sering membongkokkan dirinya supaya dapat memberi ilusi tampak sedikit rendah. “Selepas mencebur dalam dunia peragaan, saya tampil menjadi orang baharu. Finally this is something that validates me.”

Apabila ditanya bagaimana rasanya dari seorang yang low self esteem harus menjadi yakin terutama sekali semua mata tertumpu padanya di runway, Michelle pantas menjawab “Surprisingly I like it! Dalam peragaan terutama di atas pentas ada pelbagai karakter kita perlu bawa bergantung kepada setiap jenama, jadi saya suka membawa pelbagai watak dan ekspresi bagi menjiwai DNA jenama. Dan itu sedikit sebanyak memberikan saya keyakinan.”

Bicara mengenai cabaran pula, Michelle juga mengatakan dalam menyampaikan apa yang klien mahu kepada konsumer atau penonton, itu boleh jadi sedikit mencabar. “We have to speak their minds, dan saya perlu usaha keras untuk melakukan sebaiknya.”

Bagaimana dengan diri kamu sendiri? “Bagi saya menjadi model itu sendiri, selepas saya mulai fokus dalam bidang ini, saya juga berjinak-jinak dalam mencipta kandungan, disitu saya banyak berkongsi mengenai realiti menjadi seorang peragawati. The waiting game, the casting, the rejection dan macam-macam lagi. Saya juga tidak menyangka ia mendapat sambutan positif daripada pengikut-pengikut saya.”

Indahnya pekerjaan seorang model selalu diukur pada permukaannya sahaja. Glamor, cantik, dan sering dipuja, namun itu semua hanya the tip of the iceberg. Ternyata setiap pekerjaan itu ada cabarannya. Bagi Michelle kadang-kadangnya lelah juga, setiap kali ujibakat belum tentu membuahkan hasil. Itu belum dikira waktu menunggu yang lama, perasaan kecewa apabila tidak diterima, semua itu perlukan mental yang kuat.   

Setiap orang pasti punya misi dalam kerjaya mereka, bagi Michelle pula dia teringin memperagakan satu label mewah dari Perancis ini di salah satu pentas peragaan berprestij dunia. “Saya cukup teringin peragakan Chanel di pentas peragaan Paris Fashion Week. Dahulu saya pernah menggayakan untuk Chanel di sebuah private show di Jakarta, namun disebabkan ia acara tertutup, jadi saya tidak punya foto yang boleh dibuat kenang-kenangan atau sebagai part of my portfolio.”

Lareeze Galvez

Manis wajahnya semanis perwatakannya, Lareeze Galvez model berasal dari negara jiran laitu Filipina ini mula beraksi sebagai peragawati sejak dari usia 12 tahun lagi. Dari lensa ibunya yang sedar Lareez punyai bakat besar dalam dunia peragaan, dan itu menjadi permulaan baginya menyertai summer workshop dan sebagainya sehinggalah dia disunting oleh seseorang itu menjadi model. “Ibu percaya dengan potensi saya, jadi bertambah yakin untuk meneruskan kerjaya ini.”

Dengan kontrak kerja yang memerlukan Lareeze terbang dari Filipina ke Vietnam dan sebaliknya, dia merasakan jurang yang besar dari segi budaya antara dua negara serumpun ini. “Di Vietnam, rentak mereka agak laju, manakala di Filipina lebih relaks kerana saya hanya bekerja sebagai model sambilan.” “What about in Malaysia?” tanya saya. “Oh, I love it here, Malaysian people are very warm, same like the weather,” seloroh Lareez. Dia berpendapat berada di Malaysia membuatkan dia rasa seperti di rumah sendiri. Orang-orang di sini sangat menjaga kebajikan seorang model. “Mereka benar-benar menjaga saya dengan penuh perhatian dan profesionalisme. Dari segi bahasa juga kita mempunyai persamaan tersendiri, malah penampilan kami juga seiras membuatkan saya berasa seolah-olah Malaysia boleh menjadi rumah kedua saya.”

Bercerita mengenai cabaran, Lareez yang menetap di luar bandar iaitu Cavite, dia merasakan dengan membesar jauh dari Manila ini satu cabaran. “Membesar di luar kota utama membuatkan saya punya kurang kenalan dalam dunia fesyen. Maka kena bermula dari bawah, dan proses untuk berulang alik dari Cavite ke bandar Manila juga agak sukar. But I am thankful for the workshops that I attended, ia membentuk diri saya. Serta menyiapkan saya untuk melangkah dalam industri ini.”

Selain itu Lareeze juga pernah mengalami momen yang agak malang seperti ketika dia di Vietnam, kerja yang sepatutnya dilunaskan dibatalkan saat akhir gara-gara dia tidak memenuhi ekspektasi klien. “Ada klien yang menetapkan ekspektasi terlalu tinggi, dan apabila ia tidak dapat dicapai, segalanya boleh berubah. Itulah bentuk cabaran yang pernah saya lalui.”

Bukan mudah untuk menghadapi ‘rejection’, dan momen seperti bukan sahaja berlaku ketika casting, malah ketika sudah dipilih kemudian tiba di hari penggambaran, bulat-bulat ditolak. “Selepas satu gambar, hanya lima minit baru bermula mereka terus meminta saya untuk pulang tinggalkan set. Malah ada cubaan untuk memperlekehkan saya. Namun selepas itu, saya tenang dan tidak mengambilnya secara peribadi. Saya kekal profesional, tidak membuat sebarang kekecohan. Sejurus selepas itu, saya bersedia untuk tugasan seterusnya, menahan emosi dan meneruskan kerja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Saya memilih untuk tidak membiarkan perkara negatif memberi kesan kepada diri saya.” Lareeze meluahkan dia tidak pernah melalui pengalaman seperti ini di tanah airnya, dan Vietnam benar-benar mengajar dia merendah hati.

Athina Kamarudin

Gadis petah ini memang suka meraikan seni, “saya mula menari sejak berusia tiga tahun and I enjoyed it very much!” Apabila darah seni itu mengalir di dalam badan, ternyata your hips don’t lie. Bila Athina mula sedari yang dia punyai bakat dalam peragaan? katanya dia suka beraksi di hadapan kamera, dan ramai yang memuji hasilnya cukup mempesona. “I love taking pictures on my grandmother’s phone, dan bila mereka lihat hasilnya, mereka katakan ia agak bagus, dan ia menjadi satu titik keyakinan buat saya.”

Nadanya terserlah keterujaan asal berbicara mengenai kerjayanya, “sejujurnya saya tidak pernah terfikir untuk menjadi model professional, memandangkan fizikal saya tidak memiliki kriteria norma seorang model. Tapi apabila peluang itu hadir dan saya boleh lihat bagaimana figura badan saya lebih ideal dengan masyarakat secara realiti dan itu adalah satu imej yang berjaya dibawa.” Athina memulakan karier peragaannya seawal usia 18 tahun ketika itu dia baru sahaja meneruskan pengajian diploma dalam jurusan Tarian di Lasalle School of the Arts, Singapura.

Bagi Athina, menjadi model Asia Tenggara punya kelebihan dan kekurangannya. “Kita ada kelebihan pada wajah yang mana lebih eksotik dan pelbagai ton kulit. We are rich in culture jadi ia menjadikan kita lebih menyerlah.” Bagaimana dengan kekurangan? “Sudah tentu pada ketinggian, kita boleh nampak perbezaan ketara ketinggian model serantau kalau dibandingkan dengan mereka yang asal daripada Eropah.”

Apakah cabaran yang Athina harus lalui untuk berada di mana Athina sekarang?, tanya saya. “Bagi saya lebih kepada bagaimana saya harus kekal relevan dalam arus trend yang sering bertukar dalam masa yang sama masih mengekalkan DNA saya dan kekal autentik.”

Mendapat pengiktirafan adalah salah satu hadiah bermakna bagi anak seni, dan Athina adalah antara yang berjaya meraihnya. Apa perasaan Athina apabila dinominasikan sebagai Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak dalam Gempak Most Wanted Awards 2025? “Jujurnya memang saya terkejut, saya selalu ingat kandungan yang saya hasilkan lebih niche, tidak sangka ia mendapat sambutan meluas. Jadi orang ramai melihat dan validate hasil karya saya. I feel seen and appreciated.” Ternyata ia menjadikan Athina untuk terus melangkah dengan kualiti, bagai satu pemangkin semangat untuk berseni.

Tidak dinafikan gadis ini punyai figura badan yang menawan, katanya untuk memiliki badan yang ideal tidak semestinya kurus. Kita punyai bentuk badan yang berbeza-beza jadi apa yang menjadikannya ideal adalah sama ada sihat atau tidak. “I worked out a lot, I enjoys good sweat, evening walk, pilates and moving my body. Itu cara saya menghargai badan, kerana saya seorang foodie, jadi apabila kita makan macam-macam perlulah juga pelbagaikan pergerakan badan kita supaya kekal sihat.”

Baca kisah penuh Athina, Michelle dan Lareeze dengan mendapatkan majalah GLAM isu Mac 2026 di pasaran sekarang atau langgan secara online menerusi magzter.com.