GLAM Next: Shalma Eliana Writing Her Own Tempo
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioGLAM Next kali ini mempersembahkan gadis muda penuh bakat, Shalma Eliana yang merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan content creator generasi kini. Dengan temponya yang tersendiri, dia menyalurkan emosi dan pengalaman hidup ke dalam karya yang dihasilkan. Melalui muzik dan gaya peribadinya, Shalma terus mengukir identiti seninya yang semakin jelas.
Konsep, penata gaya, teks & penerbit kandungan digital SYAHIRAH HUSSAIN Pengarah seni AMIRUL ARIFIN Video & suntingan AMIR HARITH Gambar AZIM MAHAYUDDIN | AM STUDIO Solekan SHENG SAW Dandanan PHILEX CHIN Busana TOMMY HILFIGER
1. Siapakah diri Shalma Eliana yang sebenar, tanpa gelaran dan ekspektasi?
Tanpa gelaran dan ekspektasi, saya melihat diri saya sebagai seseorang yang manja tetapi tegas pada masa yang sama. Sebagai anak bongsu dalam keluarga, secara semula jadi saya seorang yang lembut namun sangat bekerja keras dalam apa sahaja yang saya lakukan. Saya amat menghargai proses perkembangan diri dengan cuba memperbaiki diri walaupun hanya satu peratus setiap hari. Saya juga seorang yang banyak melakukan refleksi diri, walaupun kadangkala ia membuatkan saya agak keras terhadap diri sendiri kerana standard yang saya tetapkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Namun, melalui ketabahan, pembelajaran serta proses memahami diri sedikit demi sedikit, saya rasa saya semakin berkembang. Pada masa yang sama, saya seorang yang introvert dan gemar menghabiskan masa di rumah bersama kucing-kucing kesayangan atau berada dekat dengan alam semula jadi seperti pantai. Saya turut mengembara kerana ia membuka peluang untuk mengenali budaya yang berbeza, sambil memuaskan rasa ingin tahu saya terhadap dunia sekeliling.

Shalma Eliana menggayakan baju sejuk berperincian logo sulaman dengan padanan baju belang berkolar serta seluar jean barrel, stokin dan sepatu loafer berperincian rantai daripada Tommy Hilfiger
2. Membesar sebagai adik bongsu dalam adik-beradik yang dikenali ramai, bagaimana ia membentuk cara Shalma memahami identiti sendiri?
Sejak kecil, saya memang seorang yang ekspresif dan tidak takut untuk merasai atau menerima emosi saya sendiri. Sebagai adik bongsu, saya sangat bertuah kerana dapat belajar banyak perkara daripada kakak-kakak saya yang sentiasa memberi inspirasi dan melihat potensi dalam diri saya sejak awal. Mereka banyak mengajar saya tentang nilai diri dan bagaimana membuat keputusan yang lebih bijak apabila semakin dewasa. Dalam masa yang sama, memahami identiti diri adalah satu perjalanan yang panjang dan melibatkan banyak proses seperti mencari diri, membuat kesilapan dan keluar daripada zon selesa. Melalui pengalaman itu, saya semakin memahami siapa diri saya yang sebenarnya. Saya juga percaya bahawa menjaga dan memahami konsep ‘inner child’ dalam diri adalah penting kerana di situlah akar kepada siapa saya hari ini.3. Apakah perkara paling ‘Gen Z’ tentang Shalma Eliana?
Jika bercakap tentang trend, saya sendiri tidak pasti kerana saya rasa saya seorang yang mempunyai old soul. Tetapi satu perkara yang sangat dekat dengan saya ialah kesedaran tentang kesihatan mental. Saya mengambil perkara ini dengan sangat serius dan sentiasa memberi perhatian kepada keadaan emosi saya. Bagi saya, generasi Gen Z lebih terbuka untuk berbicara tentang emosi yang tidak selesa. Itulah sebenarnya satu bentuk kekuatan dan keberanian, bukan kelemahan. Saya juga percaya akan prinsip konsistensi berbanding intensiti.

Baju sejuk bercetak dipadankan dengan kemeja berkolar serta topi besbol twill berperincian logo sulaman daripada Tommy Hilfiger, melengkapi gaya Shalma Eliana
4. Bagi generasi hari ini, fesyen sering menjadi bahasa identiti. Apakah fashion aesthetic yang menggambarkan Shalma Eliana?
Estetika fesyen saya berada di antara dua dunia, feminin dan edgy. Saya gemar gaya yang ringkas tetapi tetap elegan dengan sedikit sentuhan berani untuk memberi karakter. Secara keseluruhan, gaya saya lebih kepada elevated effortless chic yang terasa kemas tanpa kelihatan terlalu berlebihan. Bagi saya, fesyen adalah cara untuk mengekspresikan mood dan personaliti pada sesuatu masa.5. Adakah Shalma Eliana melihat fesyen sebagai lanjutan kepada muzik — satu bentuk ekspresi yang saling melengkapi?
Fesyen bagi saya adalah satu bentuk ekspresi, sama seperti muzik. Kedua-duanya saling melengkapi dan bergerak seiring dalam cara saya menyampaikan diri. Kadangkala, apa yang sukar diungkapkan melalui kata-kata boleh diterjemahkan melalui gaya dan visual. Dalam banyak keadaan, fesyen dan muzik sebenarnya berbicara dalam bahasa yang sama.
Shalma Eliana memadukan kemeja yang digayakan dengan kardigan leher bulat berbutang, turut dipadankan dengan seluar jean berpotongan lurus, stokin dan sepatu loafer dengan perincian rantai daripada Tommy Hilfiger
6. Sebagai seorang penyanyi generasi kini yang turut menulis lagu sendiri, bagaimana proses kreatif Shalma biasanya berlangsung dalam menghasilkan sesebuah karya?
Of course! Kebanyakan lagu yang saya tulis lahir daripada emosi yang benar-benar saya rasakan pada saat itu. Biasanya ia bermula di bilik saya sendiri apabila perasaan tersebut hadir dengan kuat, di mana saya akan menulis dalam jurnal sebelum menyusunnya menjadi lirik. Dari segi melodi pula, saya banyak bereksperimen dengan menyanyikan lirik tersebut dalam pelbagai melodi sehingga menemui apa yang terasa paling tepat dengan hati dan naluri saya. Kebiasaannya, demo awal bermula secara sederhana di bilik saya sebelum dikembangkan bersama penerbit dan abang ipar saya, Imar, ketika sesi rakaman di studio.7. Siapakah ikon penyanyi yang menjadi inspirasi Shalma?
Semasa membesar, saya banyak dipengaruhi oleh penyanyi seperti Alicia Keys dan Adele yang memberi kesan besar terhadap cara saya melihat muzik. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini pula, saya turut mendapat inspirasi daripada bintang seperti Olivia Dean, SZA, Lizzy McAlpine, John Mayer dan Clairo yang mempunyai gaya penceritaan muzik yang sangat jujur dan peribadi.
Shalma Eliana tampil sofistikated dengan padanan helaian baju sejuk belang dan jaket bomber varsity berperincian logo sulaman
8. Sejauh mana sokongan keluarga memainkan peranan dalam perjalanan Shalma membina kerjaya dalam bidang muzik?
Keluarga saya merupakan sistem sokongan terbesar dalam perjalanan muzik saya, sama ada keluarga terdekat mahupun keluarga besar. Ibu bapa saya sendiri sangat meminati muzik, terutamanya genre blues. Ia secara tidak langsung membentuk persekitaran yang penuh dengan apresiasi terhadap seni sejak saya kecil lagi. Pada masa yang sama, saya membesar dalam keluarga yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang berorientasikan perniagaan. Abang-abang ipar saya turut memainkan peranan penting dalam perjalanan kerjaya saya dan it is truly a blessing!9. Sebagai seorang yang juga sering kali berada di hadapan kamera, apakah ritual untuk kekal confident?
Bagi saya, ia banyak berkait dengan self-talk. Saya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa apa yang saya rasakan sebenarnya adalah keterujaan, bukan kegugupan. Saya akan berkata kepada diri sendiri seperti “just do your best”, “you’ve got this”, “be yourself” atau “do this for you”. Ia adalah cara untuk menenangkan diri dan mempercayai kemampuan sendiri. Saya sebenarnya seorang yang agak pemalu tetapi melalui proses ini, saya memberi isyarat kepada diri yang saya mampu melakukannya walaupun pada awalnya saya seorang yang camera shy. Semakin kerap saya melakukannya, semakin saya membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya mampu, dan daripada situlah keyakinan itu hadir dengan lebih mudah.
Shalma Eliana menggayakan baju sejuk berperincian logo sulaman dengan padanan baju belang berkolar serta seluar jean barrel daripada Tommy Hilfiger
10. Apakah impian terbesar yang Shalma harap dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun akan datang?
Dalam tempoh lima tahun akan datang, saya berharap dapat membuat persembahan di festival muzik besar di seluruh Asia Tenggara. Saya juga ingin mengadakan persembahan debut saya sendiri sebagai YANA sebagai ruang untuk berkongsi mesej dan muzik saya kepada dunia. Bagi saya, ia bukan sekadar tentang membuat persembahan, tetapi juga tentang menjalani tujuan hidup yang saya percaya melalui muzik yang saya hasilkan.
Shalma Eliana mengenakan helaian kardigan butang beronas emas dengan seluar jean berpotongan lurus, stokin dan kasut daripada Tommy Hilfiger
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
