Terinspirasi Gaya Ikonik COCO MADEMOISELLE
WANGIAN: LIBRE BERRY CRUSH, Meraikan Kebebasan
Brad Pitt Lancar Le Domaine Skincare, Inspirasi Daripada Bekas Kekasih
5 Gaya Solekan Pilihan GLAM di AIM23
Serum Hibrid Supergoop Gabungkan Vitamin C + SPF 40
Home > Cantik > Raya Beauty Recap: Gaya & Solekan Selebriti Yang Mencuri Perhatian

Raya Beauty Recap: Gaya & Solekan Selebriti Yang Mencuri Perhatian

Setiap kali Aidilfitri tiba, bukan sahaja busana yang menjadi tumpuan, malah gaya kecantikan selebriti tempatan turut mencuri perhatian. Tahun ini, pendekatan solekan dilihat lebih segar, moden dan effortless, dengan fokus pada kulit yang sihat, rona semula jadi serta sentuhan warna yang menyerlahkan personaliti masing-masing.

Daripada warm tones yang menaikkan seri wajah hingga pilihan warna lembut yang manis, berikut antara gaya selebriti yang paling menonjol sepanjang musim Raya ini.

Azira Shafinaz

Raya Beauty Looks 2026

Azirah tampil dengan solekan bernuansa hangat yang cukup menyerlahkan kecantikan semula jadinya. Pilihan bibir nude yang lembut dipadankan dengan blush berona earthy memberi keseimbangan yang sempurna pada wajah.

Keseluruhan look ini tidak berlebihan, tetapi cukup untuk menaikkan seri wajah, menjadikannya antara gaya paling effortless namun tetap memikat untuk Hari Raya.

Amelia Henderson

Raya Beauty Looks 2026

Penampilan Amelia Henderson pula mencuri perhatian dengan padanan rona yang playful tetapi masih elegan. Busana berinspirasikan strawberry matcha digandingkan dengan bibir merah jambu kemerahan serta blush pink yang memberi efek segar pada wajah.

Solekannya ringkas, tetapi cukup untuk menyerlahkan features wajah secara natural. Hasilnya, satu gaya yang nampak youthful dan sangat sesuai untuk suasana Raya yang ceria.

Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah memilih solekan yang lebih defined, dengan fokus pada kontur yang membentuk struktur wajah secara halus. Sentuhan bronzy memberi kehangatan pada keseluruhan look, manakala bibir nude memastikan keseimbangan agar wajah tidak kelihatan terlalu garang di pagi Syawal.

Dipadankan dengan baju kurung rona maroon, gaya ini terasa klasik dengan sedikit sentuhan moden yang elegan.

Elvina Mohamad

Elvina Mohamad tampil manis dalam baju kurung biru cair, dipadankan dengan solekan yang lembut dan feminin. Kulit tampak flawless dengan kemasan halus, manakala rona pipi dan bibir yang lembut memberikan efek segar dan berseri.

Gaya ini memberi fokus pada kecantikan yang ringan dan natural, mencipta penampilan yang lembut, manis dan sangat sesuai untuk suasana Aidilfitri.

Scha Al Yahya

Ikon kecantikan, Scha Al Yahya, sentiasa dinantikan penampilannya menjelang Aidilfitri. Tidak pernah mengecewakan, kali ini Scha tampil dengan gaya rambut half-up half-down dengan curl lembut di hujung, menyerlahkan sisi femininnya.

Solekan yang dipilih kekal minimalis namun tepat, ditambah dengan solekan garis mata cat eye memberikan definisi pada mata, sementara rona semula jadi pada wajah mengekalkan kesegaran dan kelembutan. Gaya ini menonjolkan keseimbangan antara keanggunan klasik dan kesederhanaan kontemporari.

Artikel berkaitan: Ini 7 Bedak Cushion Untuk Solekan Yang Mudah Dan Berseri