Ini 5 Kombinasi Makanan Sebagai Inspirasi Warna Fesyen Anda!
Strawberry matcha? Blueberry lemon? Kombinasi makanan yang dulunya sekadar pilihan minuman kegemaran kini mula mencorakkan palet warna dalam dunia fesyen. Lebih menarik, pilihan warna ini terasa lebih dekat kerana ia diambil daripada sesuatu yang kita nikmati setiap hari. Ia menjadikan fesyen lebih ‘hidup’, seolah-olah setiap padanan warna mempunyai rasa dan karakter tersendiri. Manis, segar, atau bahkan sedikit berani.
Hubungan antara makanan dan fesyen kini semakin mendapat perhatian dalam landskap fesyen. Kedua-duanya bukan sekadar keperluan, tetapi juga ruang untuk kita mengekspresikan diri dan citarasa peribadi. Apabila kedua-dua dunia ini bertemu, lahirlah pelbagai idea segar yang kreatif dan tidak dijangka. GLAM himpunkan 5 kombinasi makanan yang menarik untuk anda jadikan inspirasi warna fesyen!
Gabungan merah jambu strawberi yang lembut dengan hijau matcha yang menenangkan mencipta keseimbangan antara feminin dan grounded. Merah jambu strawberi menambahkan sentuhan manis dan ceria, manakala hijau matcha memancarkan rasa tenang dan natural. Apabila digabungkan, tona ini menghasilkan penampilan yang segar, seolah-olah anda sedang melangkah di taman musim bunga yang mekar. Ia tampak lembut, namun tetap menarik perhatian. Kombinasi ini sesuai untuk anda yang mahu tampil manis tetapi tidak berlebihan dan memberikan ilusi gaya effortless.
Gabungan coklat butter yang hangat dengan rona coklat susu yang lembut mencipta palet yang cozy dan mewah. Warna ini memberi aura elegan dan kekal approachable, sesuai didandankan bersama blazer, gaun, atau knitwear musim luruh. Anda boleh padankan dengan aksesori emas untuk menyerlahkan kedalaman warna, menjadikannya sempurna untuk digayakan ke pejabat atau brunch santai bersama yang tersayang.
Jika anda mencari kombinasi warna yang berani, gabungan rona biru blueberry dengan kuning lemon adalah pilihan yang wajar digayakan. Palet ini menyuntik tenaga dan keceriaan, menjadikannya ideal untuk anda yang mahu tampil stand out. Contohnya, anda boleh padankan busana berwarna biru bersama aksesori kuning seperti tas tangan atau kasut untuk gaya yang playful tapi chic. Kombinasi warna ini sesuai untuk aktiviti luar, lepak santai bersama rakan, atau sekadar memberi semangat pada hari anda.
Merah ceri yang dalam bertemu coklat gelap menghasilkan palet warna yang dramatik dan sensual. Ia memberi dimensi matang kepada gaya, sesuai untuk penampilan malam atau acara formal. Misalnya, tekstur seperti satin atau velvet dalam rona ini menambah kedalaman visual, menjadikan keseluruhan gaya anda tampak lebih mewah dan berkarakter.
Ungu ube yang unik digabungkan dengan putih susu kelapa yang creamy menghasilkan palet tropikal dan dreamy, seolah-olah membawa mood santai tepi pantai terus ke dalam wardrobe anda. Warna ini memberi aura segar dan sedikit whimsical, sesuai untuk mereka yang ingin menonjolkan sisi riang tanpa kehilangan elemen chic. Kombinasi ube coconut milk ini ideal untuk pakaian musim panas atau gaya santai harian yang ingin tampil memikat dan ceria.
Artikel Berkaitan: Chic In Dots: Ini Cara Mix and Match Corak Polka Dot
1. Strawberry Matcha

2. Butter Chocolate

3. Blueberry Lemon
Jika anda mencari kombinasi warna yang berani, gabungan rona biru blueberry dengan kuning lemon adalah pilihan yang wajar digayakan. Palet ini menyuntik tenaga dan keceriaan, menjadikannya ideal untuk anda yang mahu tampil stand out. Contohnya, anda boleh padankan busana berwarna biru bersama aksesori kuning seperti tas tangan atau kasut untuk gaya yang playful tapi chic. Kombinasi warna ini sesuai untuk aktiviti luar, lepak santai bersama rakan, atau sekadar memberi semangat pada hari anda.
4. Cherry Chocolate
Merah ceri yang dalam bertemu coklat gelap menghasilkan palet warna yang dramatik dan sensual. Ia memberi dimensi matang kepada gaya, sesuai untuk penampilan malam atau acara formal. Misalnya, tekstur seperti satin atau velvet dalam rona ini menambah kedalaman visual, menjadikan keseluruhan gaya anda tampak lebih mewah dan berkarakter.
5. Ube Coconut Milk
Ungu ube yang unik digabungkan dengan putih susu kelapa yang creamy menghasilkan palet tropikal dan dreamy, seolah-olah membawa mood santai tepi pantai terus ke dalam wardrobe anda. Warna ini memberi aura segar dan sedikit whimsical, sesuai untuk mereka yang ingin menonjolkan sisi riang tanpa kehilangan elemen chic. Kombinasi ube coconut milk ini ideal untuk pakaian musim panas atau gaya santai harian yang ingin tampil memikat dan ceria.
Artikel Berkaitan: Chic In Dots: Ini Cara Mix and Match Corak Polka Dot
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026