Related Stories
Acne Studios FW26 Meraikan 30 Tahun Legasi Kreatif
Sempena tahun ke-30 jenama itu melebarkan sayapnya, mereka tampil dengan konsep menghubungkan warisan Acne Studios bersama nafas baru generasi kini.
Acne Studios FW26 membawakan kapsul memori sebagai inspirasi untuk mengangkat legasi kreatif rumah fesyen Sweden itu. Pengasas dan Pengarah Kreatif, Jonny Johansson mengatakan bahawa terdapat pelbagai momen bersejarah yang berbeza yang membantu membentuk karya seni jenama tersebut.
Inspirasi Kreatif dan Klasik Masa Hadapan

Bersama sentuhan idea daripada sejarah Acne Studios, Johansson secara spesifiknya melihat kembali kepada pentas peragaan pada tahun 2010 yang diadakan di apartment Lord Snowdon di Kensington Palace. Acne Studios mengikat nostalgia dan masa kini menjadi ilham dan mencipta persalinan yang sukar dilupakan. Sejarah lama bukan sekadar diingati, tetapi diraikan sebagai detik yang membentuk identiti jenama tersebut sehingga kini.

Koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 ini menampilkan rekaan ikonik Acne Studios seperti jaket biker dan aviator kulit yang cropped serta set knit preppy yang dipadankan rapi. Yang paling menonjol, potongan denim klasik 1996 jenama ini dikembalikan ke pentas fesyen semula, menampilkan siluet slim. Koleksi ini turut menambah visual dinamik kepada konsep mereka bersama palet warna yang dipersembahkan kekal sofistikated daripada pilihan tona dusty hingga gelap, diiringi fabrik satin dan corak binatang yang abstrak. Aksesori seperti skarf yang elegan, kasut kulit boots serta eyewear yang menyerlahkan lagi karakter asli si pemakai dapat memberi sentuhan emosi bahawa Acne Studios sesungguhnya berakar daripada inspirasi kreatif.

Aura eksklusif Acne Studios semakin bersinar dengan barisan hadapan yang dihiasi bintang-bintang antarabangsa seperti Chapell Roan yang tampil mempesona dengan lace dress dan solekan berani, menonjolkan keanggunan tiada tandingan. Warisan jenama ini bukan sekadar diraikan untuk masa lalu semata-mata, tetapi menjadi penghubung menuju klasik masa depan Acne Studios. Ia menyemarakkan penghargaan terhadap setiap langkah sepanjang 30 tahun Acne Studios dibina dan mengukuhkan naratif bahawa legasi kreatif wajar diraikan.
Artikel Berkaitan: Ini Trend Fesyen 2026 To Look Forward
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
