Ikon Fesyen: Charlotte Gainsbourg

Untitled 23
 
Keluarga Trendsetter

Berasal daripada keluarga terkenal dengan trendsetter. Ibunya seorang seniwati Inggeris terkenal, Jane Birkin yang sinonim dengan gaya garçonne sekitar 60-an dan 70-an turut dikenali sebagai wajah ikonik bagi beg Hermes. Malah, bapanya pula Serge Gainsbourg terkenal dengan wajah tidak bercukur serta maskulin mencipta suatu evolusi gaya bagi lelaki Perancis.
 
Indie Queen

Pada 1984, dia menghasilkan debut musikal bersama bapanya menerusi lagu Lemon Incest. Selepas dua tahun kemudian, dia berjaya mengeluarkan sebuah album Charlotte for Ever menerusi syarikat rakaman bapanya. Terkini, Charlotte menghasilkan lagu tema bagi filem Nymphomaniac yang turut dilakonkan olehnya sebagai watak utama.
 
Kolaborasi Fesyen

Ikon fesyen French kegemaran ramai ini terus melayari bahtera mewahnya, bukan sahaja sebagai seorang aktres, penyanyi tetapi juga sebagai wajah fesyen. Kini, dia turut bergelar sebagai pereka fesyen apabila tampil berkolaborasi bersama jenama denim Current Elliott, menampilkan empat rekaan eksklusif bagi koleksi kapsul yang berinspirasikan cita rasa fesyennya.
 
Untitled 22
 
Anak Wayang

Pada 1986, dia memenangi anugerah “Most Promising Actress” di César Award. Perjalanan dia dalam bidang lakonan terus menyerlah apabila turut beraksi dalam lakonan teater di Théâtre de la Gaîté-Montparnasse pada 1994. Kejayaan terus ditempah apabila dia memenangi Anugerah Aktres Terbaik di Festival Filem Cannes pada 2009 menerusi filem Antichrist.
 
Ghesquière Muse

Persahabatan terjalin antara Charlotte Gainsbourg dan Nicolas Ghesquière kian menjadi sumber inspirasi bagi golongan fesyen. Malah, dia pernah menjadi wajah kempen dan muse bagi label terkenal, Balenciaga sebelum Nicolas berpindah ke Louis Vuitton. Kini, pasangan hangat ini terus mencipta magis bersama untuk Louis Vuitton. Lihat sahaja gaya Charlotte ketika di Festival Filem Venice.
 

POST A COMMENT