Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioLebih tiga dekad, nama Ziana Zain terus utus sebagai satu vokal yang disegani dalam dunia muzik tanah air.
Pada penghujung dekad 1980-an, ketika industri muzik Malaysia sedang mencari wajah baharu, seorang gadis melangkah masuk ke pentas hiburan tanah air dan memenangi pertandingan nyanyian Bintang Selangor pada tahun 1984. Namanya Siti Roziana binti Zain, namun dunia lebih mengenalinya sebagai Ziana Zain. Bermula pada tahun 1989, Ziana melancarkan kerjayanya dengan penuh keyakinan dengan menjadi penyanyi buat lagu tema Sukan SEA ke-15. Suaranya yang berat dan tinggi terus memikat hati pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat. Dalam masa yang singkat, beliau berjaya mengukir nama sebagai salah seorang penyanyi wanita paling disegani di Malaysia.

Jam tangan Seamaster Aqua Terra dial berkemasan sun-brushed ini, dikemaskan dengan PVD dalam rona 18K Moonshine™ Gold.
Memasuki era 1990-an yang mana zaman keemasan muzik pop Malaysia, Ziana berada di kemuncak populariti. Lagu-lagu seperti Asmara, Pelangi Petang, dan Mahligai Cinta menjadi siulan generasi tersebut. Setiap album yang dikeluarkan disambut dengan sambutan luar biasa, membuktikan bahawa bakat sejati tidak terikat oleh masa.
View this post on Instagram
Walaupun arus zaman terus berubah, memasuki tahun 2000-an dengan gelombang muzik baru, Ziana tetap relevan. Beliau beradaptasi tanpa mengorbankan identiti seninya. Pentas-pentas besar, konsert, dan anugerah bergengsi terus menghiasi perjalanan hidupnya. Dia juga menjadi pilihan jenama sebagai duta istimewa di Malaysia. Terdahulu Omega turut mengambil Ziana Zain sebagai duta Malaysia mereka.
Masa mengajar saya untuk menjadi lebih tegas dalam kerjaya dan kehidupan. Saya semakin memahami bahawa perjalanan sebagai penyanyi menuntut masa yang panjang. Dari situ lahirnya kesabaran dalam diri, yang akhirnya membentuk saya untuk lebih mengenali dan memahami orang di sekeliling.

Jam tangan Omega Constellation direka dengan dail yang mengabadikan langit malam berbintang.
Kini, lebih tiga dekad sejak langkah pertamanya, Ziana Zain masih berdiri teguh. Dia adalah bintang budaya muzik Malaysia. Suaranya membuktikan bahawa muzik yang lahir dari hati atas nilai keikhlasan akan kekal sepanjang masa. Serta setiap lagu-lagu lamanya terus unggul menjadi pilihan sehingga sekarang.
Artikel Berkaitan
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
Masa Terindah Ameera Khan Tatkala Beraya
Wanita Perintis Yang Menawan Langit: Kisah Berani ...
Cerita Masa di LVMH Watch Week 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
