fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sarah Burton Menghidupkan Kembali Aura Ikonik Givenchy
B Bounce Bersama Burberry
Lima Idea Hadiah Dari BULGARI Buat Yang Terkasih
Fenty Puma by Rihanna Kembali Ke Minggu Fesyen Paris
Kenali Rama Duwaji, “First Lady Gen Z” Bandar New York
Home > Fesyen > Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran

Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran

Membawa nafas baru, Gentle Monster menyulamkan sayuran sebagai inspirasi rekaan diiringi kebolehan boleh lipat. Menghadirkan Karina dan Yosh sebagai wajah kempen, gabungan fungsi praktikal dan siluet unik ini terus menjelmakan estetika Gentle Monster dalam landskap fesyen.

Gentle Monster sekali lagi membawa keunikan ke dalam industri fesyen bersama rekaan beracuankan bentuk dan rona sayur-sayuran. Setiap lengkungan organik dan struktur diterjemahkan ke dalam siluet inspirasi flora. Namun, fungsi boleh lipat ternyata menjadi sorotan apabila ciri fleksibel lipat itu pasti akan menyempurnakan kemudahan dalam gaya hidup si pemakai. Diperkenalkan dalam pelbagai ketebalan bingkai dan rekaan, ekspresi seni Gentle Monster tetap jelas terserlah. 

Ekspresi Botani Gentle Monster

 Koleksi Veggie Gentle Monster Cipta Revolusi Bersama Inspirasi Rekaan Sayuran

Berlatarkan alam semula jadi dan biri-biri dalam video kempen, Karina daripada kumpulan pop Aespa dan Yosh diperlihatkan menggayakan cermin mata daripada Koleksi Veggie ini. Obsesi yang istimewa terhadap sayur tomato menjadi inspirasi kepada rekaan cermin mata yang menampilkan perincian bahagian tangkai. Dalam video kempen, Yosh turut dipamerkan dengan penghayatan mendalam terhadap sayur lobak, sekali gus memperkukuh lagi tema Koleksi Veggie terbaharu Gentle Monster ini.

Fungsi Lipat Praktikal

 Koleksi Veggie Gentle Monster Cipta Revolusi Bersama Inspirasi Rekaan Sayuran

Selain rekaan yang unik, Gentle Monster turut memperkenalkan fungsi lipat praktikal yang membawa ciri isitimewa buat pengguna. Setiap cermin mata di dalam koleksi ini boleh dilipat dan diletakkan di dalam beg kompak yang turut disediakan. Terdiri daripada 10 rekaan cermin mata lipat, koleksi ini mengadunkan elemen praktikal bersama struktur rapi. Daripada bentuk yang mengingatkan siluet sayur-sayuran hingga perincian tangkai yang diinspirasikan daripada batangnya, koleksi ini menterjemahkan tenaga alam semula jadi kepada sebuah visi yang asli untuk cermin mata kompak. 

Veggiemon, Pengalaman Pop-Up Imersif

 Koleksi Veggie Gentle Monster Cipta Revolusi Bersama Inspirasi Rekaan Sayuran

Bagi meraikan Veggie Collection daripada Gentle Monster ini, mereka turut menyajikan pengalaman pop-up imersif yang hadir di 6 lokasi iaitu Los Angeles, Seoul, Tokyo, Shanghai, Beijing dan Bangkok. Diilhamkan daripada landskap pertanian, setiap ruang berpusat pada objek tomato berskala besar dalam sebuah taman berjudul ‘Veggiemon’ bersama makhluk sayuran imaginatif yang dipasang dalam pelbagai saiz. Pengalaman ini turut diperkaya dengan pengalaman photobooth interaktif yang menukar para pengunjung kepada versi Veggiemon mereka sendiri.

Artikel berkaitan: Gentle Monster Perkenal Koleksi BOLD 2025