Loading media...

Unable to load content
7 Stail Rambut Bob-Cut Ungguli Golden Globes 2025
6 Gaya Rambut Harian Chic Boleh Anda Gayakan
Suplemen Wajah Paling Dikehendaki
BOSS Masuki Era Baharu Lebih Berani
Manifesto Cantik : Bintang Malaysia Setaraf Antarabangsa
Home > Cantik > Apakah Item Solek Holy Grail Kim K?

Apakah Item Solek Holy Grail Kim K?

Sudahkah kamu tonton video gandingan jurusolek antarabangsa, Jaclyn Hill bersama Ratu Hollywood, Kim Kardashian akan soal mekap?

 

 

Video tersebut menunjukkan cara-cara serta tips rahsia oleh Jaclyn dan Kim sambil mengenakan solekkan everyday look mereka! Kim juga telah mendedahkan produk-produk holy grail yang sering dikenakan oleh jelitawan itu!

 

Apabila ditanya mengapa beliau ingin berkolaborasi bersama Jaclyn buat video ini, Kim menjelaskan bahawa video YouTube pertama beliau lihat ialah ketika Jaclyn memberi reviu akan produknya, yakni KKW x Kylie Creme Liquid Lipsticks.

 

Dalam video tersebut, Kim telah berkata bahawa stail mekap yang paling dikesalinya ialah ketika beliau mengenakan pembayang mata turqoise bersama outfit berona sama!

 

Buat mereka yang tertanya-tanya, sebenarnya kebanyakkan item yang digunakan Kim agak old school di kalangan penggemar kecantikan semasa — seperti bedak asas palet concealer dari Dermacolour Concealer Palette dan bedak asas lutsinar oleh Ben Nye Fair Translucent.

 

Jika kalian menganggap beg mekap Kim untuk dipenuhi berus-berus baru, kamu salah. Seperti produk-produk kegemarannya, Kim mengaku baha berus-berus beliau sudah lama, dan selepas melihat Jaclyn menggayakan stailnya, Kim berkata, “this taught me to go home, get new brushes and step it up”.

 

Lihat video penuh di bawah: