LIVE STREAMING: Tod’s Fall/Winter 2020
Maria Grazia Chiuri Memukau Dengan Magis Couture dan Hutan Fantasi
Braun Buffel ‘Holiday World’, Rayakan Musim Libur Akhir Tahun 2021
Hedi Slimane Meninggalkan Saint Laurent
Sabrina Carpenter Semarak Dunia Pop Dengan Sentuhan Spicy
Home > Fesyen > Arloji Mewah Pilihan GLAM!

Arloji Mewah Pilihan GLAM!

Oleh: Zuhairie Sahrom   Membias rasa elegan penuh pesona. Indah beralun mesra menari berdampingan detik jam tangan terkini. GLAM senaraikan 4 jam tangan mewah pilihan kami!   BOUCHERON Himpunan terbaru Ajouree Hera yakni jam tangan ilham jauhari ini digarap dalam kemasan emas putih bersulamkan intan, batu biru nilam dan batu kalsedoni. Motif burung merak dipertontonkan dengan kerawang ekornya menjadi perincian utama lantas mewujudkan kesan alunan yang mempesonakan. Haiwan kegemaran dewi Hera dalam mitologi Yunani ini melambangkan kesuburan dan keabadian.     edited     BULGARI Ular secara tradisinya adalah lambang Rom purba lalu berjaya dijinakkan  para artisan emas Bulgari. Rekaan terbaru Serpenti Incantati yakni kepala dan badan ular dilestarikan semula dengan garis-garis seni kontemporari dan hasilnya memperlihatkan reptilia ini berlingkar indah pada case jam tangan dalam gerakan pusingan. Bersaiz 30mm dengan tali jam satin, jam tangan disempurnakan dalam emas putih bersama dail serta keseluruhan jam berselimutkan butiran berlian.   overall-041     AUDEMARS PIGUET Setelah garapan terakhir sekitar tujuh, lapan tahun lalu koleksi ikonik Royal Oak ditampilkan semula dalam kemasan emas kuning. Royal Oak Quartz edisi 33 mm dipamerkan dengan kilauan 40 butiran berlian potongan sempurna pada bezel. Turut sama menampilkan corak Grande Tapisserie pada dail perak dan yang terbaru dalam kemasan rona biru.   overall-011     RICHARD MILLE Setelah menerima permintaan yang tinggi tahun lalu, Richard Mille berbesar hati membentangkan jam tangan wanita dengan rekaan tali jam gelang emas. RM 037 RG Open Link Strap menawarkan pemakaian yang lebih ringan, tipis, dan gelang digarap lebih fleksibel bagi penampilan yang lebih kasual.   overall-021