Datin X : Tebus Talak Berjuta
COVID-19: Elak Bersenam Di Gim Buat Sementara Waktu
GLAM Expose: Akibat Kemaruk Putih, Wanita Sanggup Lumur Wajah Dengan Racun
Nadi Baru Le Roseau
Let Them Eat Cake
Home > Berita > Ashraf Sinclair Pergi Buat Selamanya…

Ashraf Sinclair Pergi Buat Selamanya…

Ashraf Sinclair, 40, pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia yang juga suami kepada aktres Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meninggal dunia pagi tadi (Selasa) akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menurut laporan kompas.com, perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi aplikasi WhatsApp. Menurut Doddy, Ashraf dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 4 pagi. https://www.instagram.com/p/B8jbzthnqub/ Susulan berita menyayat hati itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya Bunga Citra Lestari dipenuhi dengan ucapan takziah daripada orang awam dan selebriti Malaysia dan Indonesia. Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979. Dia juga merupakan abang kepada Aishah Sinclair dan Adam Sinclair. Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair. Sumber: Kompas.com