Jason Wu Memecah Tradisi Minggu Fesyen Akan Datang
GLAM x Coach 2018: Fazura & Fattah Amin 360° Episod 3
Trend Bag Berganda Chanel Bunga/Panas 2018 Menarik Perhatian Golongan Fashionista
Dato’ Sri Bernard Chandran Lancar Pameran Keempat
Selami Sebalik Tabir Magis Minggu Fantasi Adi Busana Paris
Home > Fesyen > Barisan Model Yang Mewakili Kepelbagaian & Inklusiviti Dalam Dunia Fesyen

Barisan Model Yang Mewakili Kepelbagaian & Inklusiviti Dalam Dunia Fesyen

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Standard kecantikan bukan sahaja datang dan pergi tetapi juga berubah dari generasi ke generasi. Banyak sudut kecantikan berkembang maju selama bertahun-tahun namun perkembangan ini dilihat agak perlahan dalam industri fesyen yang masih memberi tumpuan kepada profil model yang spesifik.

Model tinggi, langsing dan mempunyai kulit bebas cela kebanyakannya dilihat mengikut satu acuan yang sama sejak berabad lalu. Ini menyebabkan kebanyakan populasi global berasa dipinggir dan dikecualikan daripada perbualan couture. Sentimen itu disuarakan berkali-kali oleh pelbagai pihak yang menyeru agar lebih banyak inklusiviti, kepelbagaian dan perwakilan diketengahkan di pentas peragaan New York, London dan Paris termasuk di kulit majalah fesyen. Menyahut seruan ini, kini semakin ramai pereka dan rumah fesyen melantik barisan model lebih inklusif yang tidak tertumpu pada tanggapan kuno kecantikan. Berikut adalah lima supermodel menakjubkan yang mencabar standard kecantikan lapuk serta membawa masuk kepelbagaian dan perwakilan dalam industri fesyen global.
Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse