See Also

Teks: Aizat Aidid
Satu kolaborasi penting tahun ini adalah di antara Sometime by Asian Designers bersama Jason Wu. Sejak pertama kali dikhabarkan kepada umum pada bulan Mac lepas, ia menjadi satu bualan pada kalangan orang fesyen. Kini, detiknya sudah tiba apabila Zalora berkongsi rekaan beg oleh pereka fesyen asal New York. Koleksi Jason Wu GREY x Sometime by Asian Designers ini diberi nama Edie dan ia hadir dalam dua saiz yang berbeza. Serta ada enam rona yang berlainan seperti merah jambu juga jingga. Uniknya, bagi menghargai asal usul Jason Wu, beg ini turut punya edisi eksklusif berona Ultramarine yang hanya dijual di pasaran Taiwan.
Jason Wu sempat berkongsi idea tentang pembikinan beg Edie ini. “”Inspirasi rona blok yang digunakan mendapat idea daripada lukisan seni Josef Albers. Serta, ada gabungan cita rasa seni dan seni bina daripada pertengahan abad,” ujar Wu. Beg Edie ini juga mempunyai cita rasa yang moden berserta rekaan yang timeless. Beg yang bakal menjengah pada 4 Jun 2018 hanya akan terjual di pasaran online melalui platform Zalora.

Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
