Kempen Terbaru SK-II Menampilkan Victoria’s Secret Angel Behati Prinsloo
Menempa nama sebagai model pertama yang menandatangani kontrak bersama Victoria’s Secret PINK sebelum menjadi model sepenuh masa untuk jenama ikonik itu, Behati Prinsloo kini mula menempa nama dalam industri kecantikan dengan kempen kecantikan pertamanya bersama jenama besar SK-II.
Prinsloo bersama-sama dengan pelakon Li Qin dan penyanyi Choi Soo Young akan membintangi kempen #onebottleawayfrom di mana mereka akan mendokumentasikan proses perubahan kulit mereka dengan produk penjagaan kulut SK-II.
A post shared by SK-II's Official Instagram (@skii) on
See Also
Sembang Cantik Bersama Nadia Nasimuddin
5 Produk Kecantikan Edisi Terhad Sempena Tahun Baru Cina 2024
COVID-19: Elak Bersenam Di Gim Buat Sementara Waktu
Lancôme Umum Vanessa Kirby Sebagai Duta Global Baharu: Simbol Optimisme dan Keanggunan Autentik
Tebus Sampel Percuma GLAM Beauty Club X La Prairie
La Prairie Kini Tampil Dengan Krim Badan Cashmere![]()
“Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen ‘One Bottle Away From.’ SK-II adalah satu jenama penjagaan kulit yang ikonik, dan untuk saya yang diberi peluang ini merupakan satu kehormatan. Saya percaya bahawa ramai gadis-gadis di luar sana yang ingin menjadi sebahagian daripada perkara yang kita percayakan,” nyata model itu.
Kempen ini merupakan projek terbaru Prinsloo selepas dia melahirkan Dusty Rose pada September tahun lalu.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
