Ini Kesan Kulit Setelah Seronok Berjemur Musim Panas
Seronok berjemur musim panas? Cuti pun berlalu pergi, maka tamatlah sudah percutian pantai anda. Sedar atau tidak, kulit wajah pula mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Apakah itu?
Terasa bahagia di persisiran pantai menyarung bikini sambil bersidai, semestinya ia satu percutian idaman kita semua tatkala mahu melarikan diri daripada kesibukan kota. Namun, sesudah pulang daripada aktiviti ‘berjemur’ ini, perasankah anda bahawa kulit menjadi sedikit lain? Pasti akan kelihatan antara lapisan kulit yang mula menggelupas akibat sinaran matahari. Sebenarnya, ini adalah sesuatu yang selalu kita lihat apabila ada antara kita mengalami masalah seperti ini. Jika ianya terjadi kepada anda, kami sarankan untuk segera mengambil langkah dalam merawatnya.
Betul, sapu atau lulurkan sesuatu yang mampu melegakan serta meredakan kemerahan kulit yang terbakar ini. Selain daripada menyapu pelembap dan sebagainya, kami juga berkongsi inisiatif lain yang boleh anda cuba. Namun haru di ingat, bukan sekadar masalah kulit terbakar sahaja yang akan anda alami, malah kulit stress juga antara masalah yang boleh timbul. Antaranya adalah seperti masalah bawah mata menjadi sembap, kulit menjadi kusam, tidur menjadi tidak cukup dan bermacam lagi.
Ini Cara Ekstra Rawat Kulit Wajah Meradang
Seperti yang kita semua sedia tahu, ada banyak produk penjagaan wajah yang mampu membantu dan mengembalikan seri wajah. Namun tahukah anda, detoks juga antara amalan tambahan yang boleh anda lakukan jika anda mengalami masalah kulit stress seperti ini. Jika asyik berjemur musim panas, kulit akan menjadi kering. Jadi, pengambilan air putih yang banyak adalah amat digalakkan. Dengan minum air putih yang mencukupi sudah berbaloi untuk menyahkan toksik yang terkandung di dalam tubuh. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan senaman. Luangkan masa selama 30-40 minit sehari untuk mengeluarkan peluh di tubuh. Senaman juga sebenarnya banyak membantu dalam mengepam kembali darah di dalam badan langsung menjadi aktif dan membuatkan kulit wajah dan tubuh menjadi sihat dan bersinar seri semula jadi. Ini antara pesanan kami buat anda. Tetapi saranan terpenting kami sebenarnya adalah pemakaian pelindung sinar secara optimum. Lebih-lebih lagi buat anda yang ingin bercuti dan berjemur musim panas ini. Masalah kulit rosak mampu dikurangkan jika anda memakai pelindung sinar secara menyeluruh. Pautan Berkaitan: Bersedia untuk Musim Panas Dengan 5 Rawatan IniAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
