Loading media...

Unable to load content
Fail Fesyen Anugerah Juara Lagu 35 #AJL35
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
Pilihan Gaya Ameera Khan Di Tanah Suci, Kekal Cantik Dalam Beribadah
Irina Shayk Dan Gigi Hadid Terajui Kempen Terbaru Burberry Autumn/Winter 2019
Fesyen ‘Rich and Famous’ Di Minggu Fesyen Paris 2024
Home > Fesyen > Braun Büffel Tawar Gaya That We Are Excited For Lebaran

Braun Büffel Tawar Gaya That We Are Excited For Lebaran

Gaya lebih menyerlah dengan tas tangan dan aksesori yang terbaik dari Braun Büffel sebagai pelengkap stail lebaran tahun ini!

Apabila masuk musim perayaan, kita semua mahu tampil serba baharu. Bukan sahaja bersiap cantik dalam busana indah, tetapi kenalah juga lengkapkan dengan beg tangan yang terkini. Lebih-lebih lagi musim lebaran adalah waktu yang terbaik untuk memanjakan diri. Jika masih tertanya-tanya dimana mahu mencari beg terbaik sebagai pelengkap gaya lebaran, disini ada jawapannya. Braun Büffel menyajikan himpunan beg yang lebih unik dan cool. Maka gaya lebaran kita akan menjadi lebih trending dari sanak saudara. Ini adalah item mesti miliki dari Braun Büffel yang digayakan oleh dua bintang sensasi GLAM sekarang, Alicia Amin dan Azira Shafinaz.

AKSESORI LAIN YANG BAKAL MENERBITKAN GAYA COOL LEBARAN

Jangan hanya fikirkan tentang diri, kerana lebaran juga adalah bulan dimana kita boleh membahagiakan orang yang tersayang. Selain pilihan beg yang cool dan unik buat diri sendiri, jenama ini juga ada pilihan buat teman hatimu seperti beg dan jam tangan yang mampu memberikan gaya tampan pada jejaka.

Buat kali pertama, jenama ini menawarkan lilin wangi. Ia sekaligus menaikkan lagi kemeriahan lebaran dengan aroma yang memenuhi ruangan rumah. Maka, bukan sahaja kita yang bersiap cantik, malahan mahligai kamu juga menjadi perhatian orang yang datang menziarah.

Artikel Berkaitan: Braun Büffel ‘Holiday World’, Rayakan Musim Libur Akhir Tahun 2021