Braun Büffel Memperkenalkan Pengarah Kreatif Baru & Koleksi Kapsul
See Also

Pengarah Kreatif Braun Büffel, Fabio Panzeri
Baru sahaja meraikan ulangtahun ke-130 mereka tahun lalu Braun Büffel kini memperkenalkan pula pengarah kreatif baru mereka, Fabio Panzeri yang bakal menyambung legasi jenama ikonik ini dengan kreativiti dan visinya.
Graduan Instituto Marangoni ini memulakan kerjayanya dalam dunia fesyen sebagai pereka aksesori dan fabrik di Mila Schon pada tahun 1993 sebelum dia membawa diri sebagai pereka Prada dan Prada Sports pada tahun 1997. Panzeri juga meminjamkan bakat dan visinya untuk Dolce & Gabbana dan Calvin Klein.
Untuk meraikan kehadirannya sebagai figura kreatif Braun Büffel, Panzeri telah memainkan peranan yang besar dalam kempen terbaru koleksi bunga/panas 2018 mereka dan juga menzahirkan koleksi kapsul eksklusif.

Braun Büffel Bunga/Panas 2018
"Koleksi-koleksi sebelum ini mempamerkan rekaan kulit yang sangat klasik dan dekat dengan sejarah Braun Büffel. Saya rasa ia sangat penting untuk saya memahami sejarah jenama ini dan menterjemahkannya mengikut peredaran masa kini," ujar Panzeri sewaktu ditemubual oleh GLAM baru-baru ini.
Braun Büffel Bunga/Panas ’18 Capsule: KELIS
Koleksi KELIS pula merupakan gabungan elemen sofistikasi dengan elemen moden dengan penggunaan rona berbeza pada setiap tas tangan dalam koleksi ini.
Braun Büffel Bunga/Panas ’18 Capsule: KELIS
Koleksi bunga/panas 2018 mereka telah diinspirasikan oleh elemen-elemen dari kepulauan Greece yang sarat dengan rona-rona berani seperti biru turquoise, caramel, dan juga rona merah berahi mengingatkan suasana musim panas. Siluet moden yang mementingkan fungsi juga menggabungkan perincian sejarah dan budaya pulau istimewa ini.
Panzeri juga menambah sentuhan magisnya sendiri ke dalam koleksi ini dengan koleksi kapsulnya yang menandakan permulaan era baru buat rumah fesyen ini. Menggabungkan visi alternatif dan kontemporarinya yang diseimbangkan dengan unsur provokatif dan sofistikasi seorang wanita yakni Kelis dan Elisha.
“Seorang wanita hebat yang mencari alternatif dan sesuatu yang baru,” komen Panzeri tentang ciri seorang wanita Braun Büffel.”

Braun Büffel Bunga/Panas 2018
“Saya sangat bersyukur dan teruja dengan peluang untuk mengetuai pasukan rekaan Braun Büffel. Arahan kreatif saya untuk Braun Büffel adalah untuk mengimbangkan kreativiti dan legasi luar biasa Rumah ini, dan menyampaikan visi kontemporari ini untuk mencapai potensi sepenuhnya,” ujar Panzeri.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
