Loading media...

Unable to load content
Dior Addict Pilihan Terbaik Lipstik GLAM
Intipati Emas Hidupkan Kembali Kulit Kendur
Lisa Blackpink Adalah Wanita Tercantik Di Asia, Ini Fakta Mengejutkan Tentang Dirinya
Rahsia Solekan Magis Lebaran Dengan Y.O.U Beauty
Jenama Wangian Mewah d’Annam Dari Vietnam Kini Di Trove
Home > Cantik > Bvlgari Perkenalkan Magnifying, Sebuah Pengalaman Baharu Dalam Memakai Haruman

Bvlgari Perkenalkan Magnifying, Sebuah Pengalaman Baharu Dalam Memakai Haruman

Buat pertama kalinya dalam sejarah pembuatan minyak wangi, esen istimewa diperkenalkan untuk digandingkan dengan haruman. Dinamakan sebagai ‘Magnifying’, esen ini boleh disuai padan dengan lima haruman dari rangkaian Bvlgari Allegra.

Ada lima esen kesemuanya iaitu Magnifying Musk, Magnifying Bergamot, Magnifying Rose, Magnifying Patchouli dan Magnifying Vanilla. Dicipta hasil ilham pakar haruman Jacques Cavallier, esen ini dicipta sebagai lapisan kedua selepas menyembur haruman, lantas mencipta pelbagai emosi pada haruman anda. Jadi ada lima haruman dan lima esen, pilihlah yang mana bisa memenuhi selera bau anda.

Esen-esen yang dicipta oleh Bvlgari ini adalah untuk disuai padankan dengan lima haruman terbarunya, Bvlgari Allegra. Lima haruman dalam rangkaian ini dibotolkan dalam kelalang berwarna-warni, selari dengan warna-warna batu permata yang sering sahaja melatari perhiasan mewah jenama ini.

Lima haruman tersebut ialah Riva Solare yang kental dengan bau sitrus, Fiori D’Amore yang sangat feminin dengan bau rasberi. Menyuntik elemn edgy, Bvlgari memperkenalkan Rock ‘N’ Rome sebuah haruman yang meriah dengan bau buah-buahan.

Tidak lengkap sebuah koleksi haruman tanpa elemen buah-buahan, Bvlgari melengkapkan koleksi ini dengan, Fantasi Veneta, yang didasari dengan bau pic dan vanila. Bvlgari Allegra juga disempurnakan dengan Dolce Estasi yang tampil bagaikan gula-gula. Allegra EDP RM984 (100ml), Allegra EDP RM689 (50ml) dan Magnifying Essence RM787 (40ml).

 

Baca: Calvin Klein Defy, Aroma Dedikasi Lelaki Maskulin Moden