5 Tip Berkesan Hapuskan Double Chin

Adakah anda penat mengawal pemakanan namun wajah masih kelihatan berisi? GLAM senaraikan tip mengecilkan pipi dan menghapuskan double chin!
 
t73288322_max
 
1. Gula-gula getah
 
Kunyah gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum) sebagai senaman otot wajah. Bukan sahaja mampu mengecilkan wajah kamu, malah membersihkan gigi dan gusi. Anda boleh lakukan senaman ini dimana-mana sahaja! Mudah, kan?
 
2. Krim Mentega Koko (cocoa butter)
 
Panaskan dua sudu krim mentega koko di dalam microwave untuk 30 saat. Urut krim di bahagian tengkuk, leher dan rahang wajah selama 5 minit dengan urutan menaik. Lakukannya dua kali sehari sebelum mandi di waktu pagi dan sebelum tidur. Rutin ini dapat membentuk wajah malah melembapkan kulit kamu.
 
3. Senaman Dagu
 
Tegakkan badan dalam posisi duduk, dan dongakkan kepala perlahan-lahan seperti ingin memandang syiling. Kemudian, bentukkan bibir seperti mahu mencium sesuatu ( duck face). Lakukan selama 5 saat dan ulang gerakan ini 5 ke 10 kali, setiap hari ketika bangun dari tidur.
 
4. Memutar Leher
 
Senaman ini sangat mudah dilakukan di mana-mana sahaja! Pusing kepala kamu mengikut arah lawan jam atau sebaliknya dengan posisi badan yang tegak. Lakukan lima putaran setiap satu sesi, untuk tiga set setiap hari.
 
5. Say No To Sugar!
 
Pengambilan gula berlebihan menyebabkan wajah membengkak kerana lemak berlebihan terkumpul disitu. Jadi, banyakkan minum air kosong dan elakkan minum minuman manis sebelum tidur.
 
 
Sumber: Cosmo

POST A COMMENT