Wangian floral memberi aura feminiti dan kewanitaan kepada pengguna menjadikan wangian ini sangat terkenal dalam kalangan pencinta wangian.
Dalam dunia kecantikan, wangian memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan mengekspresikan keperibadian seseorang. Wangian floral, dengan aroma yang lembut dan memikat, bukan sahaja mampu menyegarkan deria tetapi juga mencipta kenangan indah. Dari nota bunga yang menyegarkan hingga aroma yang mendalam dan kompleks, setiap pilihan ini mampu menyempurnakan penampilan anda, menjadikan anda pusat perhatian dalam setiap majlis. GLAM akan berkongsi 5 wangian floral pilihan kami bersama anda!
#1 Gucci Flora Gorgeous Gardenia
Gucci Flora Gorgeous Gardenia adalah wangian floral yang manis dan memikat, dilancarkan pada tahun 2021 sebagai sebahagian daripada koleksi Gucci Flora. Wangian ini dibuka dengan nota atas dari beri merah, mandarin Itali, dan bunga pir, memberikan permulaan yang ceria dan segar. Wangian ini didominasi oleh gardenia putih, melati, dan bunga frangipani, yang menciptakan pengalaman floral yang kaya. Nota asas terdiri daripada patchouli dan achord gula perang, menambahkan kedalaman dan kehangatan pada keseluruhan aroma wangian ini. Wangian ini sangat sesuai untuk dipakai pada siang hari, terutama dalam suasana yang lebih kasual. Ia juga ideal untuk digunakan pada musim bunga dan musim panas kerana aroma floral yang segar dan ceria.

Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
