Aura Euphoria Untuk Palet Galaksi Norvina
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioBring back the colors! Norvina Pro Pigment Vol.6 hadir dengan percikan rona terang khas untuk anda yang gemarkan kelainan!

Cipta dan cabar diri untuk anda dalam mewarna kelopak mata penuh kreativiti. Hadirnya palet terbaru Norvina Pro Pigment Palette Vol.6 berikan satu pengalaman menakjubkan. Inspirasi daripada ilham solekan kala menghadiri ke festival musim panas atau malam penuh adrenalin. Sebanyak 25 pilihan warna ultra-versatil bakal memenuhi ilham solekan penuh dimensi ciptaan anda. Anda bebas untuk mencipta apa saja yang diingini kerana ia berpigmentasi tinggi dengan bilangan warna penuh kilau dan bertekstur matte beri sentuhan dimensi luar biasa.

Jangan terkejut walaupun ia hadir dalam pigmen tinggi tetapi direka tanpa parabens, gluten, phthalates dan sulfat. Malah, ia juga dirumuskan secara vegan dan bebas kekejaman. Dari ilham solekan siang sehinggalah ke malam hari. Bukan sahaja mata, badan dan muka juga boleh diaplikasi dengan mudah kerana ia punya tekstur baldu licin. Menurut tip pakar jurusolek terkenal, setiap seleksi palet ini punya pilihan kepelbagaian yang dicipta untuk membentuk kreativiti bebas tanpa batasan. Go wild, put your creative minds to the challenge, bring your A-game on! Untuk hasil kilauan lebih terserlah, sembur berus mata dengan Dewy Set Setting Spray. Ada beberapa kod warna sebagai rahsia untuk miliki warna yang tepat seperti rona A5, B2, B3, C3, D1, D4, D5 dan E2 sebagai pemerah pipi, rona A2, A3, B1, C2, C4, D2 dan E1 sebagai highlighter manakala gunakan rona A4, A5, C5, E4 dan E4 untuk menambah kehangatan dan definisi bagi kontur. Koleksi boleh didapati pada 5 April 2022 di Sephora Malaysia dengan harga RM 325.

Artikel berkaitan Solekan Dimensi Effortless Sun-Kissed
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
