Berani Cabar Diri, Boho Blonde Pilihan Warna Rambut Terkini!
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioTerinspirasi dari ikon 60-an, boho blonde tawarkan penampilan blonde yang santai dan mudah dijaga. Juga merupakan pilihan warna rambut untuk musim luruh 2025.

Jane Fonda di era 1965
Warna blonde atau perang sudah lama berada dalam industri cantik! Samada ia secara natural atau diwarnakan. Untuk musim luruh 2025, dilihat pilihan nuansa gaya warna madu natural ini menyerlahkan penampilan santai namun menawan. Salah satu gaya pewarnaan rambut yang paling diminati pada musim luruh 2025 ini sebenarnya terinspirasi dari era 60-an yangi kenali “boho blonde.” Pendekatan santai untuk rambut bersorotan ini ternyata mudah dijaga. Boho blonde mengutamakan nuansa hangat yang kelihatan natural tanpa kontras atau definisi yang keterlaluan. Antara ikon retro yang mempamerkan warna abadi ini dengan sempurna ditambah seperti Jane Fonda, Sharon Tate dan Edie Sedgwick semuanya menawan di samping warna rambut keperangan yang santai.

Dari mana asal Boho Blonde?
Apabila memikirkan inspirasi boho blonde, bayangkan lebih kepada keanggunan Perancis daripada gaya santai California. Nuansa perang madu ini kelihatan kemas tanpa usaha yang berlebihan. Ikon-ikon tahun 60-an seperti Jane Fonda, Edie Sedgwick, dan Sharon Tate mempopularkannya semasa era budaya yang mengutamakan kedamaian, kasih sayang, dan kecantikan semula jadi. Selaras gaya trend bohemian ini, warna boho blonde lebih mengutamakan warna menyeluruh yang kelihatan organik.

Daripada ton sejuk atau platinum, pilih warna karamel, sand dan madu. Semuanya menyerlahkan warna perang ini. Namun, ia bergantung pada warna asas natural anda, untuk menjaga rambut blonde biarlah ia bermula dari akar rambut ,pilih rona sedikit lebih gelap dari awal proses mewarna rambut kerana akan memudahkan penyelenggaraan warna dan menambah daya tarikan tanpa usaha.

Artikel berkaitan “Calico Hair” Trend Warna Rambut Inspirasi Y2K
Musim luruh ini warna boho blonde dapat dilihat di mana-mana. Tetapi ia muncul pada gaya yang lebih kontemporari berbanding penampilan retro asal yang sarat dengan semburan rambut. Boho blonde hari ini lebih mengutamakan vibes santai ketika menggayakannya. Sienna Miller pernah dilihat tampil dengan gelombang panjang boho blonde ala putri duyung, manakala Suki Waterhouse mencubanya pada lapisan berlapis dan poni khas beliau. Margot Robbie menggunakan penampilan ini untuk pulih daripada pewarnaan extreme Barbie, muncul dengan gaya yang menyegarkan tanpa dibuat-buat dan akar yang gelap. Sama ada anda suka bob berstruktur, tekstur kering angin, atau volum yang ditiup, boho blonde mempunyai jangkauan yang sesuai untuk semua.

Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
