BOSS Bottled Parfum Untuk Personaliti Berani
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioBOSS Parfums memperkenalkan wangian baharu BOSS Bottled Parfum yang menangkap aura luar biasa dan memberi impak kepada setiap individu.

Hael Husaini
Kehadiran wangian baharu ini, BOSS Bottled Parfum oleh BOSS Parfums yang menyerlahkan aroma maskulin dengan kekuatan tersendiri penuh berkarisma luar biasa. Komposisi woody-ambery simbolik pati utama dan teskturnya lambang signature BOSS Bottled yang kekal abadi. Bauanya menangkap aura BOSS dalam diri anda. Tidak kisahlah apa jua jantina, yang penting diri anda kini berubah nasib seiring dengan semangat BOSS.

Eyka Farhana
Pernahkah anda terfikir suatu hari nanti anda bakal bertukar status sebagai seorang BOSS? Segala arah tuju itu adalah bergantung kepada keberanian individu. Oleh itu, BOSS kini bertukar haluan dengan memasuki era baharu, lebih berani dan lebih memberi impak berbanding sebelum ini. Jenama ikonik ini juga sangat mengagumi individu yang berazam untuk menjadi apa sahaja dia mahu. Jadilah BOSS untuk diri sendiri, jalani kehidupannya dan mainkan peranan dengan lancar barulah anda mudah bergerak ke hadapan. Sesuai dengan moto utama “Be Your Own Boss”, kecapi sehingga ke peringkat yang belum pernah anda duduki.

Nalisa Alia Amin
Untuk kempen bersama, GLAM dan Boss Parfums menampilkan tiga personaliti berlainan karier dan juga kehidupan. Penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini, Model Nalisa Alia Amin dan pelakon Eyka Farhana tampil dengan semangat membara. BOSS Bottled Parfums menyerlahkan personaliti BOSS dalam diri mereka.
Eyka Farhana
“Ultimate BOSS dalam kehidupan saya adalah karier saya sebagai aktres. Saya bergelar seorang pelakon di usia yang muda, bagi saya itu adalah pencapaian terbesar buat diri saya.Jadilah BOSS untuk diri sendiri, jalani kehidupannya dan mainkan peranan dengan lancar barulah anda mudah bergerak ke hadapan. Sesuai dengan moto utama “Be Your Own Boss”, kecapi sehingga ke peringkat yang belum pernah anda duduki.”
Hael Husaini
“My ultimate BOSS bagi saya adalah berkaitan dengan diri saya sendiri. Ibarat kanvas kosong dan hanya saya yang melakarnya dengan sempurna. Seperti perjalanan karier saya sebagai penyanyi, ada cabaran yang perlu saya lalui. Namun keyakinan diri ini yang membawa kepada kejayaan yang saya impikan.”
Nalisa Alia Amin
“Me,myself and I, itulah interprestasi saya terhadap my ultimate BOSS. Pengalaman sebagai seorang model plus-size menjadi medium untuk saya menjadi inspirasi kepada individu di luar sana jangan malu dengan diri
sendiri, serlahkanlah personaliti diri tanpa ada sekatan.”
Serlahkan dan ubah diri anda bersama pilihan wangian istimewa ini. Dapatkan wangian BOSS Bottled Parfum di pusat beli-belah terkemuka dan di LazMall Malaysia.
Artikel berkaitan BOSS Masuki Era Baharu Lebih Berani
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
