Utuh sebagai jenama premium Korea, The History of Whoo secara eksklusif dirumuskan melalui proses purba perubatan timur. Kombinasi herba-herba oriental yang berharga dipersembahkan secara eksklusif kepada Maharaja dan Maharani pada 800 tahun dahulu.
Memperkenalkan rangkaian Gongjunyang Mi yang di rumus untuk mengembalikan keremajaan, mengecapi kulit muda, berkilau, dan sempurna bersama bahan semula jadi utamanya iaitu GongJinBiDan, HongOkBaekSan, HongOkGo, SaengGiOHwajin dan Royal Treasures.

Whoo Gongjinhyang Mi Luxury Base
Kelalang emasnya sahaja sudah menjanjikan kemewahan intipati. Luxury Base berfungsi untuk menghilangkan kedutan, memberikan nutrisi (GongJinBiDan, madu), melembutkan, berkilat dan sentuhan baldu pada kulit.

Whoo Gongjinhyang Mi Cream Pact SPF 34 PA++
Bersifat krim yang memudahkan olesan kali pertama. Ia dicipta sempurna yang memberikan liputan lebih baik daripada bb krim. Diperkaya dengan pelindung sinar, krim ini turut mengandungi bahan anti kedutan dan garis halus. Sarat dengan intipati unggul seperti Gong Jin dan, Ginseng Liar, Cordyceps Militaris, Hong Ok Go, emas, mutiara dan amber.

Whoo Gongjinhyang Mi Luxury Lipstick
Mewah dengan rona merah, koleksi gincu ini hadir dalam 10 warna yang berbeza. Sarat dengan Hong Ok Baek San yang memberikan kesan hidrat dan melembutkan bibir, ia turut diperkaya bersama ekstrak lima bunga iaitu Peony, Lily of the valley, Chrysanthemum, Lotus dan Ume flower serta Royal Treasure seperti emas, mutiara dan amber.

Whoo Gongjinhyang Mi Make up Pact SPF30/ PA++
Melembapkan dan ultra lembut sehingga membuatkan kulit anda kelihatan licin dan sempurna. Sentuhan lembut serta-merta, kemasan telus dan matte secara semula jadi dan bercahaya. Rangkaian unggul Diraja dengan formulasi eksklusif untuk memelihara keanggunan dan keindahan maharani. Berdasarkan ‘Gongjinbidan’, ia dipertingkatkan lagi dengan ‘Hongokgo’, formula kosmetik diraja semata-mata untuk maharani dengan penggunaan bahan seperti emas, amber dan mutiara.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
