4 Gaya Solekan Ayda Jebat Di The Hardest Singing Show
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioPelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat mula menarik ramai pengikut kerana gaya solekannya di The Hardest Singing Show yang kreatif dan mengagumkan orang ramai di Malaysia. GLAM memilih 4 gaya fesyen solekan Ayda Jebat di The Hardest Singing Show.
Program baharu ‘The Hardest Singing Show’ di Astro merupakan program cabaran vokal dan kreativiti penyanyi hebat tempatan. Dengan berkonsepkan ‘Kreativiti Luar Limitasi’, program ini bertujuan untuk menguji kestabilan fizikal, mental, dan kreativiti peserta dalam persembahan. Apa yang lebih menarik, program ini mengetengahkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian, diikuti dengan vokal daripada barisan penyanyi hebat tempatan.
Antara barisan penyanyi individu dan berkumpulan, termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi wanita popular Malaysia, De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana. Apa yang menarik perhatian kami, gaya solekan Ayda yang semestinya all out setiap minggu.
Berikut Adalah 4 Gaya Solekan Ayda Jebat Di The Hardest Singing Show
1. Persembahan Pengenalan
Ayda Jebat tampil dengan penampilan elegan dan classy pada minggu tersebut. Untuk gaya solekan dan rambut pula, Ayda memilih untuk tampil dengan solekan mata yang mengenakan palet rona tanah dan gaya rambut spiky bun. Solekan hasil tangan Bosco dan gaya rambut oleh Juno Ko ini kelihatan berseri-seri dengan Ayda Jebat.
2. Minggu Pertama
Major love for this one! Ayda Jebat tampil berani dengan menggayakan solekan bold dan penuh eksperimen kala beraksi di atas pentas menghiburkan peminatnya. Bukan sahaja gaya solekan yang memukau, Ayda juga kelihatan berani dengan gaya fesyen dan dandanan rambut yang menakjubkan oleh hasil tangan Bosco dan Juno Ko.
3. Minggu Kedua
Jurusolek, Nadia Nordin, dengan magis tangannya dapat dilihat pada solekan Ayda Jebat pada malam itu. Lagu pilihannya yakni ‘The Fox’ pada minggu itu sama padan dengan penampilan keseluruhan Ayda, lebih lagi pilihan solekan dan gaya rambut yang mengikut tema ‘Mad Max‘.
4. Minggu Ketiga
Stunning! Solekan oleh Bosco ini menarik perhatian kami. Memilih melayang rona pembayang mata turquoise dengan gaun emas yang disarung Ayda, Bosco turut menambah batu diamond sebagai aksesori tambahan solekan. Dia menampal kemas batu-batu tersebut pada bahagian tulang pipi serta bahagian sisi dalam mata Ayda.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
