Helmut Lang Kembali Ke NYFW Dengan Solekan Suntikan 90’s
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioJenama Helmut Lang yang popular di zaman 90’s kini membuat comeback di Minggu Fesyen New York. Malah, GLAM ingin membicarakan tentang trend kecantikan yang dibawa oleh jenama ini bersama koleksi terbaharu mereka!
Jika anda masih ingat, jenama Helmut Lang yang zaman kegemilangannya pada tahun 90-an telah membuat kemunculan semula.
Untuk penampilan sulungnya di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2024, pengarah kreatif Peter Do sememangnya berjaya menghasilkan koleksi yang cukup memukau.
Begitu juga dengan trend kecantikan yang dibawa bersama ketika di pentas peragaan. Peter Do memberi suntikan elemen 90’s dengan gabungan rupa kecantikan yang merangkumi idea masa hadapan sambil merujuk ke masa lalu.
Trend Kecantikan Yang Dibawa Helmut Lang di Minggu Fesyen New York
1. Solekan Mata Grunge
https://www.instagram.com/p/Cw8rrhQOKp4/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Jurusolek Daniel Sallstrom bekerjasama dengan M.A.C Cosmetics memberikan trend kecantikan yang grunge dan toughness. Celak menjadi tumpuan utama yang diadunkan dalam solekan mata.
Terdapat pelbagai reka bentuk celak, daripada gaya bulat punky 70-an kepada celak lurus tajam dengan pelbagai warna seperti kuning, putih dan fuchsia.
MAC Chromacake dan MAC Acrylic Paint telah digunakan untuk mengukir celak yang seumpama setajam pisau.
Selain itu, tiada bedak asas, concelear, mascara mahupun pemerah pipi digunakan bagi mengekalkan rupa raw yang diingini. Ternyata, solekan mata ini menjadi konsep kecantikan yang tampak berani dengan usaha yang sedikit.
2. Seni Kuku Abjad

Foto: Elle
Peter Do yang menyukai era 90-an menginginkan sedikit nostalgia dan tenaga New York lalu mencipta penampilan kecantikan Helmut Lang yang baharu. Anda akan sangat menyukai sentuhan seni kuku yang dibawa oleh jenama ini!
Abjad atau logo Helmut Lang dieja pada setiap jari, memberikan estetika yang kelihatan ringkas tetapi stylish.
Pakar manikur Jin Soon Choi telah menghabiskan beberapa minggu di makmalnya, mencipta warna pengilat kuku tersuai untuk Peter mengikut rujukannya. Untuk penampilan kuku cantik yang go-go ini, model memakai gabungan pengilat kuku 90-an yang dicampur iaitu produk kuku daripada JINSoon.
3. Gabungan Gaya Rambut Moden dan 90-an

Foto: Models.com
Untuk gaya rambut pula, penggaya rambut terkenal bernama Jawara mencipta gabungan konsep rambut yang cool, beautiful dan chic. Peter Do melihat pertunjukan landasan gaya rambut 90’s masih relevan. Suntikan elemen 90’s dipadankan dengan kemasan moden, hasilnya model kelihatan memperagakan koleksi baju dengan gaya rambut yang padan sekali!
Jawara turut menggunakan gabungan Gel Anti Kelembapan Curl-Oil serta Surf Spray (produk throwback zaman 90-an) ketika pertunjukan berlangsung. Model seperti Lineisy Montero dan Dilone mengekalkan gaya rambut keriting mereka, manakala yang lain menggayakan rambut mereka yang ditiup lurus.
Sebagai pengarah kreatif Helmut Lang yang baru dilantik, Peter Do mempunyai satu tugas yang tidak begitu mudah. Mengemas kini jenama fesyen yang sudah dilabel hebat, membuatkan pengarah kreatif ini sememangnya mempunyai vision yang tinggi.
Menggabungkan estetiknya sendiri dalam koleksi sulungnya di Helmut Lang, Peter Do memberikan trend kecantikan yang mengagumkan ramai and of course, he nailed it!
Artikel Berkaitan: Trend Kecantikan Pilihan Glam di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2020
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
