Ilham Cantik Bintang Old Hollywood
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioSaat ikon kecantikan Hollywood anda menyinari persada seni, pasti anda terdetik hati untuk mengetahui beauty secrets yang dimiliki oleh mereka. Audrey Hepburn dan Marilyn Manroe antara Screen Sirens yang terus diingati hingga kini.
Secara realistiknya, mereka yang bergelar Screen Sirens ini sudah punya pakej lengkap untuk bergelar seorang bintang terkenal.Namun, disebalik kesibukan diri dalam mengejar glamor pasti ada rahsia bagaimana mereka kekal cantik tidak lekang di mamah usia. Ceduk paparan ilham cantik barisan bintang Old Hollywood yang GLAM bariskan khas untuk anda. Sebagai panduan dalam rutin cantik anda.
Marilyn Monroe
Signature bibir mungil bintang seksi ini terus hangat diperdebatkan. Cara untuk mencipta dimensi bibir tebal dan seksi ini adalah dengan menyalap bibir sebanyak 5 jenis gincu berbeza rona dan lip gloss. Rona gelap dijadikan garisan luaran bibir manakala yang terang berada di tengah-tengah.

Elizabeth Taylor
Rahsia mencukur bulu halus pada muka menyerlahkan raut wajahnya yang cantik. Memberi efek kulit muka bersinar. Teknik ini digelar sebagai Dermaplaning. Mampu membuang sel mati dan melembutkan kulit wajah.

Audrey Hepburn
Bulu mata Bambi adalah rahsia mata galak ikon terkenal ini. Selepas memakai maskara, jurusoleknya akan menggunakan pin untuk menyelak satu per satu bulu matanya. Zaman kini mudah, guna sahaja berus bulu mata untuk mencipta impak maksima atau lebih mudah guna fake eyelashes.

Grace Kelly
Teknik contouring sudah mula digunakan oleh wanita cantik ini. Dia sering melayangkan berus di bawah tulang pipi untuk mendapatkan efek solekan sempurna.

Rita Moreno
Agak kasar cara aktres ini menghilangkan jerawat pada kulit wajah. Setiap hari dia akan menggunakan berus untuk skrub muka. “ I would definitely say that exfoliating was really my main beauty trick.”

Rambut beralun rona chestnut adalah gaya penampilannya. Cara dia mengekalkan bentuk alunan itu dengan menyapu minyak rambut setelah membasuh rambut dan balut dengan tuala selama 15 minit. Setelah itu, basuh lagi sekali dengan air panas bersama lemon untuk hasil yang mengagumkan.

Pautan berkaitan Rahsia Kecantikan Daripada Ikon Kecantikan: Marilyn Monroe
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
