Jadikan Magik Anti Penuaan dan Penghidratan Liposome Sebagai Peneman Hidup Anda

ll_pack_angle1_cut_0603low
 
Liposome merupakan teknologi kapsul yang terdiri daripada phospholipids (komponen utama membrane sel).  Struktur liposome adalah sama dengan struktur bio membranes dan ukuran liposome adalah lebih kecil daripada sel kulit. Bentuk kapsul liposome membantu  membawa nutrien kepada sel kulit dan melepaskannya pada masa yang ditetapkan. Selain itu, teknologi liposome juga mengandungi agen pelembap yang membantu melembapkan kulit sekali gus memberikan kebaikan pada kulit anda.
 
Decorte memperkenalkan teknologi baru Moisture Liposome, booster pra-serum yang menggunakan teknologi liposome untuk memberikan kelembapan pada wajah dengan cepat dan cerah. Moisture Liposome  BoosterPra-Serum ini membantu kulit anda untuk menyerap semua kebaikan penjagaan kulit yang anda gunakan selepasitu.  Bezanya serum ini dengan serum yang lain ialah serum ini harus digunakan selepas membasuh muka untuk memudahkan penyerapan nutrien produk kecantikan yang anda guna.
 

 
Moisture Liposome Pra-Serum ini mengandungi lima kebaikan untuk kulit anda.

  1. Meresap pantas ke dalam kulit
  2. Lembut pada kulit
  3. Meningkatkan kebaikan produk kecantikan lain yang anda pakai
  4. Dilengkapi dengan teknologi micro kapsul pintar yang bertindak melepaskan kebaikan pada sel kulit
  5. Memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit anda.ll_pack_angle2_layered_0603low

 
Teknologi Potential Maximizer (PMZ) membantu mengembangkan ‘kapasitor kulit’ untuk meningkatkan fungsi pembaikan sel kulit dan mengekalkan kelembapan pada setiap soket kulit sekali gus memperbaiki tekstur kulit agar lebih licin dan cerah.  Bebas paraben dan minyak, Liposome Treatment Liquid ini dirumus dengan aroma bunga herba yang melegakan dan menenangkan kulit anda.
 
Ia juga diperkaya dengan Thenanine (untuk melembapkan), ekstrak Poria Cocos ( untuk mengaktifkan sel-sel kulit) dan ekstrak Tremella Fuciformis ( untuk menghidratkan kulit).
 
Liposome Treatment Liquid adalah losyen berprestasi tinggi yang membantu  menyelesaikan masalah kulit kasar, kering, dan kusam serta tekstur kulit yang tidak teratur disebabkan oleh lapisan corneum (lapisan paling luar epidermis) yang lemah. Losyen ini menyerap jauh ke dalam kulit dan membolehkan kulit kekal lembap untuk tempoh masa yang lama. Hasil daripada  penggunaan losyen ini, tekstur kulit akan menjadi lebih halus, muka bebas minyak dan liang pori mengecil. Dengan penggunaan yang kerap, wajah akan tampak lebih lembap dan cerah.
 
Tebus percubaan percuma di Decorte Parkson Pavilion 03-21105966. Sementara stok masih ada, satu percubaan untuk setiap pelanggan.
ml_decorte_60ml

POST A COMMENT