Jelajahi Kemewahan Tahun Baru Armani Beauty di The Exchange TRX
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioMerayakan keindahan warisan dengan keanggunan Armani beauty disebalik seni kemewahan yang menggabungkan estetika timur dan barat di The Exchange TRX.

Bermula 6 Januari hingga 9 Februari 2025, Armani Beauty akan membawakan pengalaman tahun baru yang memukau di The Exchange TRX yang mengetengahkan warna merah ikonik jenama ini bersama sentuhan keemasan yang melambangkan permulaan tahun yang mengagumkan.

Pop-up ini menawarkan pelbagai aktiviti eksklusif yang menggabungkan kemewahan dengan tradisi perayaan tahun baru Cina. Para pengunjung berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik seperti pembuatan lentera, ramalan daun teh, dan kit tahun baru eksklusif.
Bagi pelanggan yang berbelanja minimum RM600, mereka akan menerima lentera tahun baru edisi terhad yang boleh dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang membawa maksud baik. Perkhidmatan kaligrafi ini ditawarkan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 2.00pm hingga 6.00pm.

Pengalaman lebih eksklusif menanti pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas, di mana mereka berpeluang mendapatkan sesi ramalan masa depan melalui pembacaan daun teh. Perkhidmatan ini tersedia pada setiap Sabtu dan Ahad dari pukul 12.00pm hingga 8.00pm.

Setiap pembelian akan disertakan dengan sampul duit raya edisi terhad, manakala Kit Tahun Baru eksklusif akan diberikan kepada pengunjung yang melengkapkan pengalaman ‘Ignite the Year with Passion’ di pop-up tersebut. Sebelum anda berkunjung ke pop-up eksklusif ini, adalah digalakkan untuk membuat pendaftaran awal menerusi laman web rasmi Armani beauty agar anda tidak terlepas peluang untuk menyertai aktiviti menarik yang tersedia.

Pop-up ini akan berlangsung di Tingkat Bawah, Central Exchange @ The Exchange TRX dan dibuka dari pukul 10.00am hingga 10.00pm setiap hari. Ia menjanjikan pengalaman tahun baru yang menggabungkan tradisi dengan kemodenan, sekaligus mencipta permulaan tahun yang penuh kemewahan dan kemakmuran.
Artikel berkaitan Ilham Solekan Elegan Armani beauty Look
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
