Kecantikan Asli Atau Pembedahan Plastik?
Gambar: Ingimage
Seakan trend terkini, pembedahan plastik dianggap sebagai jalan pintas untuk mencapai kecantikan yang didambakan. Prosedur yang semakin maju dengan teknologi ini turut menawarkan lebih banyak teknik baru untuk merawat mengikut keperluan. GLAM menemu bual pakar kecantikan, Dr. Alice Prethima Michael dari Ageless Medispa untuk mengupas lanjut topik ini.
Pada pendapat anda, mengapa wanita memilih untuk melakukan pembedahan plastik?
Terdapat pelbagai sebab sebenarnya. Sesetengah individu dilahirkan dengan ‘kecacatan’ di bahagian muka seperti rahang yang tidak seimbang atau bentuk hidung yang tidak kena. Individu ini kebiasaanya menjadi bahan tawa lantas menjadikan mereka rendah diri dan mahu membetulkan ciri-ciri wajah itu ketika masih muda. Wanita juga mahu mengekalkan keremajaan wajah dengan membetulkan kening kendur, pipi dan dagu serta bahagian kulit yang melendut di sekitar leher. Mereka turut mahu mengikis lemak di badan dan dambakan kulit tegang terutama selepas melahirkan anak.
Nasihat kepada wanita yang bakal melakukan pembedahan kosmetik di klink anda?
Saya mengesyorkan sesi perundingan untuk lebih memahami akan kemahuan serta kebimbangan mereka.
Pendapat anda mengenai wanita yang sering melakukan pembedahan kosmetik? Nasihat untuk mereka?
Jika hasil pembedahan tidak memuaskan, adalah wajar untuk mendapatkan khidmat pakar. Tidak kepuasan imej diri atau body dysmorphic disorder adalah merupakan gangguan psikologi yang memerlukan kaunseling. Jika pesakit datang mendapatkan khidmat saya, ianya adalah tanggungjawab saya untuk memastikan kesihatan mereka.
Perbezaan antara rawatan di luar dan dalam negara? Adakah sama atau teknologi luar lebih bagus?
Sama sahaja sebenarnya. Apa yang ada di luar negara juga terdapat di negara kita. Yang membezakan adalah tahap kemahiran seorang pakar serta pelaburan dan kesanggupan mereka dalam menggunakan teknologi baru.
Bagaimana untuk meyakinkan mereka yang fobia dengan benda tajam untuk mendapatkan rawatan di klinik anda?
Kepercayaan terhadap pakar serta perkhidmatan yang ditawarkan, ditambah dengan sesi konsultasi yang bagus akan meredakan ketakutan mereka.
Kos pula?
Bergantung kepada jenis rawatan. Rawatan laser untuk mengurangkan garis serta pigmentasi adalah antara RM300 hingga RM500. Pembedahan plastik pula mencecah RM5,000 atau lebih.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
