Kembalikan Ketebalan & Tekstur Rambut Dengan Sentuhan Istimewa Oribe
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioDibangunkan bersama pakar trikologi bertauliah, Penny James, koleksi Serene Scalp Densifying oleh Oribe membawa penjagaan kulit kepala ke tahap yang lebih tinggi untuk menangani masalah penipisan rambut, ketumpatan dan daya tahan dari akarnya. Syampu dan perapi Densifying yang baharu kini melengkapi semburan Treatment Spray Densifying untuk menawarkan rutin lengkap, memberikan pendekatan intensif bagi penebalan rambut dan mencegah penipisan, sambil memenuhi keperluan unik kulit kepala.
Pada era kontemporari ini, isu penipisan rambut semakin menjadi perhatian umum. Statistik menunjukkan istilah “rambut menipis” ditelusuri melebihi sejuta kali setiap bulan di alam maya. Mengenal pasti fenomena ini, Oribe Hair Care telah melancarkan penambahan terbaru dalam siri tersohor Serene Scalp mereka iaitu Oribe Serene Scalp Densifying.

Rangkaian yang merangkumi tiga produk ini dirumus secara saintifik dengan kerjasama ahli trikologi bersijil, Penny James. Matlamatnya adalah untuk menjadikan rambut lebih padat dan bervitaliti dalam tempoh tiga bulan dengan penggunaan yang berterusan.
Rangkaian lengkap Oribe Serene Scalp Densifying terdiri daripada syampu, pelembap dan semburan perawatan. Kesemua produk direka untuk meningkatkan ketumpatan dan mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan sambil memberikan nutrien ringan yang mengekalkan keutuhan rambut. Koleksi baharu ini menggunakan Capixyl, Redensyl*™️ dan Ekstrak Tunas Kacang yang membantu secara semula jadi untuk menguatkan kulit kepala dan menebalkan setiap helaian rambut serta mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan.

Kesemua produk Oribe dirumus dengan bahan-bahan selamat, premium dan inovatif. Diuji oleh pakar kulit serta diformulasi tanpa sulfat (SLS & SLES), Veganan, bebas gluten dan disahkan oleh PETA.
Artikel berkaitan: GLAM Reviu: Kami Cuba Rawatan Rambut Mewah Bersama Oribe
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
