Tip Cantik: Kenal Kulit Wajah Anda Dengan Betul
Bukan semua orang memiliki kondisi kulit wajah yang sama. Namun semua impikan satu gol sepakat iaitu untuk mencapai kulit wajah sihat. Akan tetapi sebelum itu, kenal kulit wajah anda dengan betul terlebih dahulu.
Kadang-kala wanita di luar sana ini sibuk mengikutkan apa yang dipakai pempengaruh di media sosial tanpa memikirkan sama ada sesuai ataupun tidak dengan kulit wajah sendiri. Melihatkan foto si polan di Instagram dengan kulit yang mulus, terus buat diri terasa iri hati. Bila si dia kongsikan produk yang disarungnya, deras ingin ke butik untuk mendapatkannya juga. Langsung selepas itu, tidak kena dengan kulit wajah. Terus dimarahkan si pempengaruh tadi.
Ramai yang masih tidak lagi memahami konsep kenal kulit wajah sendiri. Maka, tidak hairanlah melihat ramai yang masih tersalah produk terus buat kulit breakout bagai tiada esok hari. Buat yang masih buntu, bagaimana hendak mengenal dengan lebih mendalam lagi, ikuti tip daripada GLAM ini.
Kenal Kulit Wajah Anda Dengan Mudah, Hanya Dari Rumah!
Ini adalah salah satu cara mudah tanpa perlu anda merujuk kepada pakar kecantikan. Hanya boleh dinilai dari rumah! Ikut langkah seperti di bawah:#1 Cuci muka
Cuci sebersih-bersihnya wajah tanpa meninggalkan sebarang sisa kotoran solekan. Ini kerana untuk membolehkan anda mengenal pasti kulit wajah anda yang sebenar jika kulit berada di dalam keadaan yang bersih.#2 Biarkan kulit wajah bernafas selama 1 jam
Sesudah cuci, biarkan kulit wajah anda polos sebegitu selama 1 jam. Jangan memakai apa-apa produk baik pelembap, serum atau juga toner. Ini bagi memastikan kulit wajah dalam keadaan asal dan asli. Kita ingin melihat kondisi sebenar kulit wajah. Dan sebaiknya jangan sentuh muka anda. Ini bagi mengelakkan kotoran dan bakteria hinggap di permukaan wajah.
#3 Sentuh kulit wajah anda
Setelah dibiarkan selama satu jam, kini tiba masanya untuk anda rasai kulit wajah anda yang sebenar. Kenal pasti apakah sebenarnya jenis kulit wajah anda. Sama ada jenis berminyak, kombinasi, kering atau juga sensitif. Sekiranya tiada tanda kering ataupun rasa minyak pada kulit, ini bermakna anda memiliki kulit jenis normal dan ia adalah merupakan kulit idaman setiap individu! Jika anda merasakan seperti berminyak apabila disentuh dan kelihatan berkilat, ini bermakna wajah anda jenis berminyak. Kadar pengeluaran minyak sangat aktif dan lebih cenderung untuk mendapat jerawat. Manakala, jika anda berasa tidak selesa seolah-olah kulit tegang dan mendapati ada bahagian yang mula mengelupas, ini bermakna anda adalah jenis berkulit kering. Namun, ramai yang masih keliru dengan jenis kulit kombinasi. Jika anda merasakan kulit di bahagian hidung seakan berminyak kemudian bahagian lain seperti pipi atau dahi sedikit kering, ini bermakna anda memiliki kulit jenis kombinasi. Jika anda sudah mengenali kulit wajah anda, daripada situ anda sudah boleh merancang atau memilih produk yang benar-benar sesuai dengan kulit wajah anda. Elakkan memilih produk penjagaan yang salah. Ini adalah punca mengapa sesuatu produk itu tidak berkesan dengan kulit wajah anda. Pautan Berkaitan: Khasiat Bumi Kunyit Rawat Masalah KulitAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
