Kenali Wangian Terkini Les Extrait Louis Vuitton, Fantasmagory
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioLouis Vuitton tampilkan karya agung ketujuh dalam koleksi Les Extraits. Tafsiran aroma vanila oleh Jacques Cavallier Belletrud cipta fenomena tersendiri.
Dalam dunia penciptaan wangian mewah, nota vanila sering dianggap sebagai nota yang ringkas. Tetapi, Jacques Cavallier Belletrud berjaya menggubah bahan asas yang monumental ini berubah menjadi sesuatu berbeza dengan mencipta fenomena cahaya yang memukau, sebuah ilusi yang memikat deria.

Fantasmagory untuk koleksi Les Extraits Louis Vuitton, ia lambang kepada keberanian, sebuah revolusi dalam pembuatan wangian secara tradisional. Sejak 2021, Louis Vuitton telah mendefinisikan semula erti sebenar keberanian dan luar biasa menerusi koleksi Les Extraits. Di bawah visi moden Jacques Cavallier Belletrud yang tidak dapat dinafikan, ekspresi ini diterokai secara mendalam.
Wangian baharu, Fantasmagory membawa kita kembali ke abad ke-18, era persembahan pencahayaan yang penuh mimpi menerusi simbiosis pergerakan dan sinar yang mempesonakan. Di tengah-tengah Fantasmagory adalah nota vanila tahitensis dari Papua New Guinea. Yakni sebuah cultivar yang dihargai kerana pancarannya yang istimewa. Keunikannya adalah terletak pada proses ekstraksi yang canggih. Keseluruhan vanila dibekukan secara cryogenic sebelum diekstrak menggunakan CO₂, menghasilkan ketulenan aromatik yang mutlak.

Tetapi Fantasmagory bukan sekadar vanila. Ia juga hasil gabungan badam dari Itali menambah tekstur yang membangkitkan kelembutan amaretto dalam kabut kemanisan yang seperti bedak. Ia mencipta simfoni simbiotik
Kesegaran yang mengejutkan datang daripada halia yang diekstrak CO₂ yang juga teknik kegemaran Jacques Cavallier Belletrud. Faset berkilauan dengan sentuhan sitrus membina rempah yang membara perlahan, bukan membakar. Ia menambah getaran yang luar biasa kepada komposisi, mencipta kontras yang dinamik.
Untuk Fantasmagory, gabungan bersama arkitek terkenal, Frank Gehry membawa pendekatan uniknya ke dalam ciptaan baharu buat botol wangian. Dia mengubah bentuk lengkung botol ikonik apothecary yang direka oleh Marc Newson, melembutkan tepinya, menangkap pancarannya, dan mencipta penutup yang mengingatkan pada bunga khayalan yang ditiup angin. Dia menghembuskan pergerakan berputar yang mengalir ke dalam botol ikonik itu.
Kaca yang direka semula mempamerkan wangian berwarna kuning yang cerah, lembut dan moden, berkilauan dengan sedikit hijau apabila menangkap cahaya. Sebagai sentuhan akhir, penutup berubah menjadi kelopak perak mekar dan intipati wangian menyelubungi keseluruhannya. Koleksi Les Extraits dipenuhi dengan sensasi kecairan yang tertinggi, kepekatan wangian yang luar biasa.Yang juga pencapaian terbaik Louis Vuitton dalam penciptaan olfaktori terbaik, tidak terduga dan unik.
Artikel berkaitan Louis Vuitton Lancar Wangian Wanita Baru eLVes
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
