La Prairie Umum Kolaborasi Bersama Sabine Marcelis Dan The Cobalt House
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Sep 11, 2023
Krim ikonik yang dikuasai semula memberi inspirasi kepada La Prairie untuk berkolaborasi bersama Sabine Marcelis, the award-winning designer dalam menterjemah The Cobalt House, sebuah astaka nan mengasyikkan dan yang bakal tiba di Malaysia September ini!
The Cobalt House mengumumkan lembaran baharu dalam kerjasama La Prairie dengan Sabine Marcelis, pereka wanita yang telah banyak mencipta nama sepanjang berkolaborasi dengan jenama penjagaaan kulit ini sejak awal lagi. Antaranya, pada tahun 2022 dalam program bimbingan Kolektif Wanita Bauhaus dan pameran maya dan pada tahun 2021 sebagai mentor Program Sarjana ECAL yang disokong oleh La Prairie.
Bertepatan dengan perkongsian tujuh tahun La Prairie dengan pameran seni kontemporari dunia, kerjasama itu memperkukuh dan menyokong hubungan intrinsik La Prairie dengan seni dan komitmen berterusannya dalam meraikan artis wanita.
Karya Sabine Marcelis telah dipersembahkan di Collectors Lounge di Art Basel. Cobalt House ilham Sabine Marcelis ini menawarkan maksud sebenar saat-saat memanjakan diri, dan dalam masa yang sama berpeluang untuk menemui Skin Caviar Luxe Cream baharu dan menu pilihan rawatan penjagaan kulit kebanggaan House’s Art of Perfection.
Usahasama Sabine Marcelis dan The Cobalt House bersempena ulangtahun produk ikonik, La Prairie Skin Caviar Luxe Cream yang ke-25!
The Cobalt House, inspirasi pereka bentuk belanda yang juga telah memenangi anugerah Pereka Terbaik untuk Anugerah Reka Bentuk Antarabangsa ELLE Decor 2023, mentafsir semula signature jar biru yang menjadi karya seni edisi terhad. Rumah penjagaan kulit mewah Switzerland (La Prairie) menjemput pereka wanita ini untuk mentafsir jar biru kobalt dan krim bertekstur baldu dalam persekitaran reka bentuk interaktif dan deria yang lebih mengagumkan. The Cobalt House bakal membawa tetamu yang hadir menyelami dunia Skin Caviar yang elegan yang mana gabungan dunia kecantikan dan juga reka bentuk artistik terhasil pada masa yang sama. Sabine Marcelis telah mencipta objek reka bentuk penjagaan kulit edisi terhad untuk memperkayakan lagi ritual krim penjagaan kulit yang sudah pun tersedia di lokasi eksklusif.“Cahaya, warna dan bahan ialah tiga perkara yang selalu saya titikberatkan dalam setiap projek termasuklah, The Cobalt House yang mana terhasil dari inspirasi dalam mewujudkan dualiti ruang dan pengalaman,” kata Marcelis, Pereka yang dibesarkan di New Zealand juga salah seorang artis Belanda di bawah Maison’s Women Bauhaus Collective.

The Gardens Member Club Event Space bakal menjadi saksi kedatangan Cobalt House di Malaysia!
Sambutan ulang tahun ke-25 Skin Caviar Luxe Cream, dan dalam masa yang sama menyaksikan penampilan pertama Cobalt House di Art Basel pada tahun 2023. The Gardens Member Club Event Space juga mempersembahkan kehadiran Cobalt Cafe iaitu kerjasama istimewa bersama PULP di mana hidangan kopi dan juga pastri Canelé menemani sepanjang lawatan anda ke sana!Apa yang menanti anda di The Cobalt House?
Anda berpeluang menerokai dunia Skin Caviar, dan ketahui lebih lanjut tentang budaya jenama, sains dan produk ikonik paling efektif itu sendiri. Dalam masa yang sama, anda berpeluang menyelami sentuhan Sabine Marcelis, karya ciptaan pereka Belanda yang banyak menyondol anugerah hasil ilham jenama itu. Selain itu, anda bakal merasai pengalaman memanjakan diri dengan Art of Perfection (urutan tangan) dengan menggunakan barisan produk mewah La Prairie yang hebat.Berapakah jenis konsultasi yang diadakan?
Anda bakal menerima sesi perundingan peribadi bersama pakar kecantikan La Prairie. Pakar kecantikan ini akan menilai status kulit anda sekaligus mengesyorkan barisan produk La Prairie yang terbaik untuk mencapai hasil yang anda inginkan.Adakah tawaran istimewa bakal berlangsung sepanjang 14 September – 28 September?
Semestinya tawaran eksklusif tersedia dengan pembelian produk La Prairie di The Cobalt House, The Gardens Member Club Event Space iaitu lokasi pelancaran produk ikonik Skin Caviar Luxe Cream yang juga boleh didapati di butik La Prairie di Isetan KLCC, Isetan The Gardens Mall dan Parkson Pavilion, Kuala Lumpur.
Skin Caviar Luxe Cream baharu dan objek reka bentuk edisi terhad Sabine Marcelis tersedia secara eksklusif untuk pra-pesanan di La Prairie Lounge di Art Basel, Maison La Prairie yang baru dibuka di Zurich dan di laprairie.com, dan secara global dilancarkan pada bulan ini.
Sertai kami di The Cobalt House, The Gardens September ini!
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
