Wangian semestinya membangkitkan 1001 nostalgia dan kisah istimewa – baik dari aroma hangat hingga kelembutan bunga-bungaan, namun tidak ada yang bisa mengecapi kemewahan wangian terbaru daripada YSL Beauty Libre Eau de Parfum. Percikan Libre menghembus rasa nyaman musim luruh lalu meraikan kebebasan dan gaya keperibadian, menyuntik minda dengan serakan segar sempena merai musim baru.
LIBRE?
Libre Eau de Parfum adalah haruman baru yang meraikan kebebasan, penegasan dalam aturan kehidupan tersendiri. Tercipta bersandarkan wangi bunga, ia menggabungkan pati Lavender dari Perancis dengan emosi memukau dari Orange Blossom Maghribi, bersama-sama gabungan bunga unik dan dilengkapi dengan nota berani Musk Accord. Libre bererti bebas, haruman yang dicipta untuk wanita yang melakukan apa yang diinginkan dan berani menjadi diri sendiri. Hadir dengan kelalang dengan rekaan couture yang memaparkan topi asimetris hitam seperti pakaian couture yang seksi, rantai emas di leher yang membias keunggulan beg YSL yang ikonik, dilengkapi dengan logo Yves Saint Laurent yang abadi.
https://www.youtube.com/watch?v=3PiTcle2K54
Dua Lipa duta kecantikan YSL Beauté – Libre
Diangkat sebagai ikon millennial, Dua Lipa adalah suara baru muzik pop. Sejak album sulungnya eponimnya pada 2017, Dua Lipa telah memecah rekod, menjadi artis wanita yang paling ramai pengikut di dunia. Auranya memukau, apabila telah melakar sejarah lantaran dicalonkan untuk lima kategori di Anugerah Brit 2018. Video untuk lagu ‘New Rules’ nya, lagu yang pemberdayaan wanita telah berjaya memperoleh lebih daripada satu bilion tontonan di YouTube, menjadikannya artis wanita termuda untuk mencapai sasaran ini. Dia adalah ikon fesyen dan kecantikan.

Libre Eau de Parfum boleh didapati di butik YSL Beauty Malaysia bermula tarikh 15 November 2019
90ml (RM550)
50ml (RM425)
30ml (RM305)
10ml (RM125)
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
