‘Lighter For Fall’ Gaya Rambut Musim Luruh Hailey Bieber
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioPada musim luruh ini, model Hailey Bieber memilih untuk tampil dengan warna rambut yang lebih terang seperti daun-daun kuning keemasan yang berguguran.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Hailey memuat naik selfie dengan kapsyen ‘Lighter for fall’ berserta emoji wanita berambut perang dipotong rambut.
Hailey Bieber pilih ‘Lighter for fall’

Di dalam foto tersebut, isteri kepada penyanyi Justin Bieber ini menunjukkan gaya rambut baru berwarna ombré yang lebih cerah dengan potongan shoulder-length bob.
Hanya mengenakan sweatshirt kelabu dan loket rantai berbentuk huruf ‘B’, Hailey juga memakai kaca mata dan solekan yang minimal menonjolkan kecantikan semulajadinya.
Meskipun terkenal dengan kerap menukar gaya penampilannya, Hailey kekal dengan rambut gelap sepanjang tempoh kehamilannya. Pada bulan Ogos, dia selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Jack Blues Bieber.
Sekadar info, Hailey dan Justin Bieber mendirikan rumah tangga pada 2018 dan mengumumkan berita kehamilan pada bulan Mei melalui foto dari majlis pembaharuan vow perkahwinan mereka. Dalam majlis berkenaan, Hailey menggayakan gaun renda daripada Saint Laurent dan memperlihatkan baby bump-nya.

Sebelum ini, pengasas produk kecantikan jenama Rhode ini telah mewarnakan rambutnya kepada warna coklat gelap pada awal tahun ini semasa hadir ke acara Super Bowl LVIII pada bulan Februari.
Artikel Berkaitan: Justin Bieber Terharu Bergelar Bapa, Beri Hadiah Istimewa Untuk Hailey Bieber
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
