Rata-rata wanita di Brazil memiliki kecantikan yang sememangnya tiada tandingan. Wanita Brazil amat menitikberatkan soal kecantikan sejak dari usia muda lagi. GLAM senaraikan enam rejim kecantikan wanita Brazil untuk cantik seperti Gisele Bundchen.
Urutan
Sejenis urutan yang dipanggil lymphatic drainage yang membuang air berlebihan di dalam badan dan secara literal membentuk tubuh badan. Wanita di Brazil gemar melakukan urutan ini setiap minggu. Urutan ini dapat mengekalkan kulit yang berseri, lembut dan sistem limfa yang sihat Urutan ini melibatkan urutan lymph nodes di muka atau seluruh tubuh anda.
Air Kelapa
Air kelapa antara rejim kecantikan penting buat wanita Brazil. Bahkan model terkenal, Adriana Lima turut mengamalkan minum segelas air kelapa setiap hari. Selain daripada menyegarkan badan, air kelapa mengandungi bahan cytokinins yang mempunyai kesan anti-penuaan. Selain itu air kelapa hijau mengandungi mineral seperti magnesium, zink dan zat besi serta vitamin B yang baik untuk kesihatan kulit.
Pasir
Proses exfoliation sangat penting sebagai sebahagian dari rutin kecantikan. Para wanita di Brazil lebih gemar melakukan proses exfoliation dengan menggunakan pasir. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan pasir di pantai kerana pasir di pantai kotor dan turut mengandungi batu atau cengkerang yang boleh melukakan kulit. Pasir yang paling sesuai ialah pasir yang berada di dalam air laut cetek kerana ia bersih dan mengandungi mineral penting, ihsan dari air laut.
Lobak
Lobak kaya dengan beta-karotena iaitu sejenis vitamin A yang baik untuk kulit. Selain itu ia juga kaya dengan vitamin C salah satu agen antioksidan yang berfungsi untuk melambatkan proses penuaan. Untuk dapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik, kerap makan lobak ataupun menjadikannya masker. Ia juga elok untuk iritasi kulit.
Jus dan Dermatologi
Jus buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan minuman harian buat wanita di Brazil. Tambahan lagi, negara itu turut memiliki buah seperti acai dan acerola yang sangat tinggi dengan vitamin. Bahkan wanita Brazil kerap melakukan lawatan ke dermatologi. Ahli dermatologi di Brazil akan membuat preskripsi untuk setiap individu untuk produk kecantikan yang boleh didapati di farmasi.
Avocado dan Api
Wanita Brazil sanggup untuk berhabisan wang untuk rawatan rambut. Salah satu rahsia mereka untuk rambut yang bersinar dan sihat ialah dengan avocado mask. Avocado menambahkan kelembapan pada rambut kering dan melembutkan rambut yang kusut. Lenyekkan avocado dan sapu pada kulit kepala selama 30 minit sebelum dicuci. Selain daripada rawatan tradisional, wanita Brazil turut mengamalkan rawatan ekstrem yang dipanggil velaterapia. Rawatan ini menggunakan api untuk membakar hujung rambut untuk memulihkan rambut bercabang dan rambut rosak. Walaupun rawatan ini tidak dipersetujui oleh pakar kecantikan, namun ia berkesan. Anda cuma perlu menahan bau rambut terbakar selama tiga jam.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

