Makeover Hari Raya Aidiladha, Gaya & Warna Rambut Baru MetaMorph!
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioDiilhamkan oleh keberanian untuk bereksperimen dan semangat ekspresi diri, koleksi MetaMorph oleh Portfolio Hair Studio yang terletak di Bukit Damansara meraikan keindahan transformasi rambut dari bentuk, tekstur hingga karakter.
Koleksi ini memberi penghormatan kepada evolusi gaya yang menggabungkan dualiti antara penampilan ekspresif peribadi dan kemewahan dunia prêt-à-porter. Musim ini, warna menjadi naratif utama.
Sambut Hari Raya Aidiladha dengan rambut baru!

Sekitar tiga minggu lalu, saya ke Portfolio Hair Studio untuk mengubah suai warna dan potongan rambut untuk persediaan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi. Saya bertemu dengan William dan Edwin yang memberi pencerahan tentang keadaan rambut saya ketika itu.
Saya memberitahu mereka saya mahukan warna rambut yang sedikit cerah daripada warna asal. Jadi, mereka memilih untuk menggunakan warna palet coklat Tuscan yang diinspirasikan dari landskap senja Tuscany iaitu warna rona bumi. Dalam semangat Aidiladha, transformasi ini menjadi lebih bermakna.
Meskipun warna rambut tidak terus kelihatan selepas cucian pertama, setelah beberapa minggu menggayakan warna rambut baru ini, saya dapati selepas beberapa basuhan, warna rambut semakin menyerlah seperti kod warna tersebut.
Warna ini memberi kesan lembut namun elegan, seolah-olah membawa cahaya matahari petang ke dalam gaya harian saya. Ia bukan sahaja sesuai untuk musim perayaan, malah kekal anggun sepanjang tahun.

Bagi potongan rambut pula mengambil inspirasi daripada konsep “Supermodel Me”, gaya ikonik era 90-an yang kembali dengan nafas segar. Dengan root-lifting volume dan gerakan lembut yang membingkai wajah, potongan ini memberi siluet yang feminin, moden dan penuh karakter. Gaya ini meraikan keanggunan yang tidak terlalu mencuba atau effortless, cukup dengan hanya sedikit perincian untuk memberi impak besar.
Pengalaman potong rambut di sini juga menarik kerana mereka menerangkan dengan penuh perincian tentang bagaimana sesuatu potongan boleh menjadikan rambut beralun dengan lebih cantik. Pendekatan ini menjadikan pelanggan lebih percaya dan yakin dengan servis yang diberikan.
Gabungan warna dan potongan dari koleksi MetaMorph ini bukan sekadar pembaharuan luaran, tetapi juga perubahan dalaman dan keinginan untuk terus berkembang. Dalam suasana Aidiladha, transformasi ini menjadikan saya lebih yakin, terbuka dan bersedia untuk menempuh fasa seterusnya dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: 5 Gaya Rambut Wanita Paling Sesuai Untuk Musim Bunga
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
