Mampukah Kulit Anda Bertahan?
Dunia semakin mencabar. Mampukah kulit anda bertahan? YSL Beauty percaya akan manifesto tentang kehidupan serba moden yang semakin pantas, memberikan daya kepada wanita untuk hidup dengan lebih berani setiap hari. Dengan pelbagai halangan yang tiba, masa berlalu dengan pantas sekali gus memamah usia dan nutrien pada kulit. Memaparkan Grace Hartzel sebagai wajah buat kempen terbaru koleksi penjagaan kulit Pure Shots, YSL Beauty ingin mencabar status quo dengan pelbagai cara. Pasukan penyelidikan kecantikan YSL bukan sahaja memberi tumpuan dari segi ketepatan formula dan bahan yang efektif untuk kulit, malah mengambil pendekatan avant garde, dengan mula fokus kepada gaya hidup. Kelebihan Pure Shots adalah untuk mengembalikan semula kesegeran kulit, dirawat secara teras, membetulkan tanda-tanda utama seperti garisan, kedutan, dan ketidak anjalan pada kulit. Selain itu, kulit serta-merta kelihatan lebih baik, dengan pembetulan untuk jangka masa yang panjang seiring dengan kepantasan gaya hidup di bandar.
Seleksi mewah ini hadir dalam empat jenis serum yang memberi fokus secara berlainan, iaitu Pure Shots Night Reboot Serum untuk membaiki sel kulit pada waktu malam, Pure Shots Lines Away Serum untuk mengaktifkan kulit dengan asimilasi asid hialuronik, Pure Shots Light Up Serum melindungi kulit daripada pencemaran luaran di samping mencerahkan kulit dan mengurangkan bintik hitam, dan Pure Shots Y Shape Serum untuk menyokong dan mengukuhkan struktur kulit. Juga didatangi dengan Pure Shots Hydra Bounce Essence-In-Lotion yang diperkaya dengan blossom oren, vitamin E dan B3 untuk mengisi semula hidrasi kulit. Akhir sekali dengan unik sinergi Pure Shots Perfect Plumper Cream sebagai senjata untuk menghalang tanda-tanda antipenuaan pada wajah.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Filem Zendaya Wajib Tonton Minggu Ini!
May 14, 2026
Tod’s Vacanze Italiane Cipta Memori Musim Panas
May 14, 2026
Longchamp Perbaharui Koleksi Le Pliage Dalam Gaya Monokrom
May 13, 2026
Tarung: Unforgiven Bariskan Pelakon Lelaki Berbakat
May 13, 2026
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel 2026
May 13, 2026
Fromage Jadi Destinasi Keju Artisan Pertama KL
May 13, 2026
Ini Cara Re-apply Sunscreen Tanpa Kacau Solekan
May 12, 2026

