Maya Letisha Tidak Boleh Hidup Tanpa 3 Produk Penjagaan Kulit Ini
Sebagai seorang pempengaruh, Maya Letisha mengambil berat tentang keberkesanan produk penjagaan kulit yang digunakan olehnya.
GLAM berpeluang untuk menemu bual pempengaruh Instagram Maya Letisha tentang produk penjagaan kulit yang wajib ada untuknya. Kata Maya, sepanjang tahun ini dia telah cuba menjadikan rutin penjagaan kulitnya lebih mudah. Sebelum ini, Maya mempunyai 12 rutin penjagaan kulit dek pengaruh rutin penjagaan kulit dari Korea Selatan. Maya lebih fokus kepada penghidratan untuk kulitnya. Pempengaruh ini cuba untuk memudahkan lagi rutin penjagaan kulitnya agar dapat memudahkan serta mempercepatkan proses bersiapnya. GLAM akan berkongsi 3 produk penjagaan kulit yang Maya Letisha tidak boleh hidup tanpa.
https://www.instagram.com/p/C9rcjoXSMtW/?img_index=1
#1 Hyaluronic Acid The Ordinary
Hyaluronic acid dari jenama The Ordinary merupakan satu-satunya kegemaran Maya Letisha. Dia pernah mencuba jenama-jenama lain, tetapi Maya akan tetap kembali kepada hyaluronic acid dari jenama The Ordinary juga akhirnya. Kerana Maya ingin fokus kepada penghidratan, hyaluronic acid merupakan salah satu formula yang boleh meningkatkan penghidratan kulit serta memberi keanjalan kepada kulit yang kering dan dehidrasi.

#2 Krim Mata Fenty Beauty
Bak kata Maya Letisha, krim mata dari Fenty Beauty ini bantu menetapkan garis lipatan mata Maya dan menjadikan solekannya lebih cantik. Dengan tekstur yang kaya dan tebal, krim mata ini memberikan penghidratan tanpa rasa berminyak. Krim mata dari jenama penyanyi terkenal Rihanna ini juga mampu mengurangkan bengkak, garis halus serta kedutan di kawasan mata. Dari masa ke masa, krim mata ini boleh mencerahkan dan mengurangkan lingkaran hitam bawah mata menjadikan kulit Maya kelihatan lebih segar dan sihat.

#3 Pupur Muka Dr Morita
Sebagai seorang pempengaruh yang sering berada di hadapan kamera, Maya Letisha memerlukan produk yang memberi kesegaran pada wajahnya. Antara produk yang Maya tidak mampu hidup tanpa ialah pupur muka dari Dr. Morita. Maya akan menggunakan pupur muka untuk hari hari penting seperti hari penggambaran bersama GLAM. Pupur muka akan memberikan Maya kesegaran lebih-lebih lagi sebelum memulakan rutin solekannya. Maya akan sentiasa kembali kepada pupur muka dari Dr. Morita kerana produk ini memberi kelembapan yang maksimum menjadikan solekan Maya untuk sepanjang hari tahan lebih lama dan berseri.

Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
