Miss Dior Kini Generasi ‘Portable’
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioSesuai dengan gaya hidup masa kini, segalanya cepat! Rangkaian paling bongsu Miss Dior hadir dengan format terbaru. Mudah dibawa dan aplikasinya cukup pantas.

Miss Dior Palette
Memahami kehendak wanita masa kini, Dior Beauty bersama rangkaian Miss Dior tampil dengan konsep terkini menerusi Miss Dior Eau de Parfum Roller-Pearl yang bersaiz 20ml. Reka bentuknya cukup elegan dan menangkap mood feminin. Sama seperti sehalus bab permata, koleksi terbaru ini cukup memberi kelainan malah ia turut menepati citarasa generasi masa kini. GLAM turut menyukai kehadiran bentuk terbaru Miss Dior Eau de Parfum Roller-Pearl kerana bukan sahaja mudah dibawa malah cara penggunaannya sangat kasual dan bersahaja.

Miss Dior Eau de Parfum Roller-Pearl
Pengarah solekan Dior untuk bahagian kreatif dan imej, Peter Philips tidak henti di situ kerana turut menampilkan ciptaan unik menerusi The Miss Dior Palette hadir dalam bentuk edisi terhad. Sama seperti wangian, palet ini juga simbolik kepada wanita Dior sekitar 1947. Koleksi Collector Palette ini hadir dengan pilihan warna harmoni yakni tiga rona pembayang mata yang terukir corak kotak houndstooth dan bentuk riben yang berada di atas permukaan warna merah jambu.

Tambahan pilihan gincu bunga sebagai pelembap bibir mewah dengan tekstur kemasan satin. Tidak ketinggalan pemerah pipi, indah terukir nama Miss Dior. Sebagai pelengkap kuku polosmu, touch up ringkas bersama Topcoat bersinar. Segalanya berada dalam satu ruang kemas dan senang dibawa ke mana-mana tanpa rasa dibebani. Koleksi istimewa ini sudahpun berada di pasaran. Kunjungi ke butik kecantikan Dior Beauty berdekatan.
Artikel berkaitan Miss Dior Meraikan Kehidupan Pasca Pandemik
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
