Pat McGrath Bakal Lancarkan Rangkaian Gincu Berevolusi

Pat McGrath bakal menggegarkan dunia kecantikkan. Veteran dunia kecantikan itu akan mengeluarkan rangkaian gincu. Namun demikian, ia bukan calang-calang gincu biasa — tatacara formulasinya dikhabarkan suatu yang membawa revolusi.
Pat merupakan antara jurusolek ternama Hollywood, dengan repertoire merangkumi berbagai-bagai kempen editorial, majalah ternama seperti Vogue dan W, serta menyolek raut wajah supermodel tersohor seperti Kate Moss dan Naomi Campbell, koleksi gincu jenis matte beliau pantas menjadi buah mulut ramai.

Koleksi yang dinamakan Lust MatteTrance by Pat McGrath itu dilancarkan selepas lebih 25 tahun Pat “bermain-main” bersama pelbagai jenis gincu. Ia dikhabarkan bahawa idea ini diketengahkan beliau kerana walaupun beliau telah menjadi jurusolek buat beratus-ratus acara fesyen dan muka hadapan majalah editorial, beliau masih belum temui gincu yang digemarnya. Lust MatteTrance dikatakan amat kaya dengan pigmen warna, namun tidak akan mengkaburkan tekstur asli bibir pemakai.

Rona-rona gincu hasilan ini sesuai digunakan atas apa jua tona warna kulit. Terdapat 3 rangkaian dalam koleksi ini, setiap satu mengandungi 3 rona, yakni Skin Show iaitu warna neutral seperti nude dan perang, Colour Blitz buat mereka yang gemarkan perhatian — diantaranya fuschia dan oren pekat dan Full Panic buat gadis bold yang inginkan rona warna gelap seperti burgundy dan ungu gelap.
Dan seperti mekap-mekap jenama Pat McGrath yang lain, ia didatangkan dalam packaging yang serba mewah — fikirkan: seramik gelap dan emas! Anda juga boleh beli secara set. Terdapat 3 gincu dalam satu set dan berharga USD95 (RM405). Jika dibeli secara individu, setiap gincu berharga USD38, atau RM162 setiap satu. Lust MatteTrance bakal dilancarkan kepada umum pada 14 Julai.

Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
