Related Stories
Tidak dinafikan akan keberkesanan produk penjagaan wajah di pasaran, namun selebriti-selebriti cantik ini turut gemar mengamalkan petua kecantikan tradisional.
Gambar: Arkib GLAM
Nadiya Nisaa
Seakan menjadi tradisi keluarga saya apabila berkumpul bersama, kami sering menyapu telur putih sebagai pupur wajah. Ianya bertujuan untuk menyingkir sel-sel kulit mati serta mampu memutihkan kulit. Ibu serta adik lelaki saya turut sama melakukannya!
Kilafairy
Saya mengamalkan sapuan bedak sejuk di wajah. Ternyata ianya amat berkesan dalam mengurangkan kegatalan atau radang di muka. Jika tompok kemerahan timbul di wajah, cuba sapuan bedak sejuk dan lihatlah hasilnya!
Juliana Evans
Rawatan rambut yang berkesan bagi saya adalah sapuan minyak pati kelapa. Sebelum sapuan perapi rambut, aplikasi minyak kelapa melembutkan serta melicinkan lagi rambut. Tiada lagi rambut kusut atau susah diurus.
Thanuja Ananthan
Berasal dari keluarga tradisional India, rawatan tradisional sememangnya sebahagian dari kehidupan. Ibu saya menggunakan kacang hijau sebagai skrub, manakala saya pula menggunakan garam dan gula sebagai skrub badan. Pupur madu lebah amat berkesan untuk mengembalikan kesegaran di wajah. Saya mengamalkannya seminggu sekali atau selepas seharian menghabiskan masa di lokasi penggambaran atau penerbangan. Untuk mengekalkan kesihatan dalaman badan, minuman campuran kunyit dan asam jawa merupakan rutin saya.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.



