Related Stories
Priyanka Chopra Tawan Dunia Kecantikan Rambut
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioAnomaly taruhan terbaru Priyanka Chopra dalam misi tawan dunia kecantikan rambut. Ketahui helah penggunaan barisan produk penjagaan rambut lebih mesra alam.
Bercakap mengenai kecantikan bekas Miss World, pelakon, penerbit, pengarang, pelabur, penyanyi, dan kini pengasas penjagaan rambut Priyanka Chopra Jonas – tentu sekali mencuri perhatian ramai akan rambutnya yang panjang, sihat, berkilat nan bersinar. Priyanka kini tampil lebih rapat dan personal dengan rangkaian produk penjagaan rambut Anomaly yang mampan dipercayai untuk penggunaan setiap hari oleh semua pengguna.

Setelah menghabiskan hampir 20 tahun melayari dunia penuh glamor, Priyanka Chopra Jonas menyedari bahawa industri fesyen dan kecantikan semakin lama meninggalkan kesan negatif pada alam sekitar. Lantas, buatkan dia ambil pendekatan diri untuk mencuba setiap jenis penjagaan rambut hanya untuk menghasilkan sebuah produk bersifat mesra alam dan selamat digunakan untuk setiap lapisan umur dan jenis rambut.
Oleh itu, selebriti yang merupakan isteri kepada Nick Jonas ini, mempunyai idea untuk mengembangkan jenama penjagaan rambutnya sendiri iaitu Anomaly – telah pun dilancarkan sejak 1 Februari yang lalu memasuki antara perniagaan runcit terbesar di dunia, Target dan Target.com. Sebagai misi utama buat produk penjagaan rambut ini, ia perlu bermula dengan asas mesra alam. Akan tetapi pada masa yang sama, Priyanka ingin memastikan bahawa harganya yang mesra pengguna yang dapat diakses oleh semua. Bintang terkenal ini menyalurkan semangat keusahawanannya untuk mencari cara terbaik dalam menghasilkan formula bersih dah berprestasi tinggi, yang akan dihasilkan lengkap dengan pembungkusan lestari. Jenama penjagaan rambut terbaru Anomaly ini menggunakan pembungkusan yang dihasilkan 100% daripada plastik atau pembuangan, yang dikitar semula dari lautan dan di tempat pembuangan sampah dan masih boleh dikitar semula untuk memastikan kemampanan sebagai misi utama.

Anomaly merupakan jenama penjagaan rambut yang mementingkan kebersihan mutlak dan bebas kekejaman, kini di lancarkan dengan lapan produk, termasuk tiga jenis syampu, tiga jenis perapi rambut, syampu kering, dan juga sapuan topeng rambut. Pengguna boleh mencampurkan dan memadankan syampu dan perapi mengikut jenis dan masalah rambut tersendiri. Seluruh barisan produk ini diperkaya dengan aroma yang memberi kelebihan sebagai bebas jantina. Ini kerana, Priyanka sendiri ingin memastikan produk ini sesuai buat semua, sebagai produk yang mampu menutup beberapa jurang di pasaran. Tentu sekali produk ini mengutamakan asas kelestariannya, tetapi selain itu produk vegan Anomaly ini mampu memberi hembusan segar pada rambut dan kulit kepala. Tidak sabar rasanya untuk mencuba sendiri Anomaly!
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
