Related Stories
5 Produk Kecantikan Yang Harus Anda Miliki September Ini
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Sep 22, 2023
Bulan baru, produk cantik baru! Buat penggemar dunia kecantikan, kita mestilah up to date dengan produk terkini yang berada di pasaran. Jadi, GLAM Cantik ingin berkongsikan buat anda tentang produk kecantikan bulan September yang harus anda miliki.
Produk kecantikan kini semestinya sentiasa memenuhi kehendak ramai tanpa mengira jantina dan usia. Hal ini kerana penjagaan atau pengurusan diri merupakan perkara yang sangat penting untuk berketerampilan yang sedap mata memandang.
Buat mereka yang suka mencuba produk produk cantik terbaharu, berita gembira buat anda! GLAM Cantik ingin senaraikan beberapa produk terkini yang anda harus cuba dan dapatkan.
Kulit pada permukaan bibir adalah sangat halus dan sensitif. Menjadikan ianya lebih mudah terdedah kepada sinaran UV dan berisiko memberikan kesan berbahaya jika tidak melindunginya.
Memakai SPF adalah cara mudah dan berkesan untuk memberi perlindungan pada bibir daripada selaran matahari, terutamanya apabila lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah.
Pakar dalam SPF jenama rangkaian penjagaan kulit Supergoop!, kini melancarkan gincu pertamanya yang bukan sahaja berpigmen tinggi dan menghasilkan warna maksimum, malah dirumus dengan perlindungan SPF mineral yang memberi penghidratan nyaman.
Didatangkan dengan pelbagai warna menarik yang sesuai dipadankan dengan apa sahaja warna kulit, Lipshade 100% Mineral SPF 30 ini menampilkan warna cerah sambil memelihara bibir sepanjang hari. Bibir terbukti terasa licin, cantik dan dilindungi.
Tidak dapat dinafikan bahawa rangkaian penjagaan kulit daripada Korea merupakan antara produk penjagaan kulit yang terbaik dan selamat digunakan.
Sulwhasoo yang terkenal sebagai jenama kecantikan mewah global, turut dikenali sebagai produk penjagaan kulit yang sentiasa meneroka warisan mereka sambil mencipta keindahan kecantikan mereka tersendiri.
Jenama kecantikan ini melancarkan krim anti-penuaan berprestij dengan pembungkusan putih cantik yang diilham oleh balang bulan Korea. Produk kecantikan ini dirumus dengan Ginseng Berry yang membantu menawan semula keremajaan kulit dan memberi transformasi untuk tangani tanda-tanda penuaan.
Buat peminat dunia kecantikan yang menginginkan kulit anjal dan awet muda, Sulwhasoo Ultimate S Cream adalah jawapannya!
Kehangatan vanila yang tidak dapat dilawan dengan gabungan nota berkayu secara semula jadi. Gandingan bunga Corsica dan aroma yang spicy membuatkan kedua-duanya terserlah lalu menghasilkan wangian yang powerful and addictive.
Oud merupakan kayu suci di Timur Tengah dengan ramuan Kodo penting di Jepun serta disuling selama lebih seribu tahun di India. Diberi sentuhan dengan buah Yuzu Jepun yang berkilaun, kayu mistik ini berubah kepada ledakan kesegaran dan warna!
Memberikan nota berkayu dan wangian sitrus yang menyegarkan sebagai minyak wangi yang kekal lama.
Anna Jobling Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose
Dua Lipa, Ratu Solekan Mata Berkilau
Rambut Kering? Cuba Tips Menggunakan Minyak Rambut Ini
GLAM Lebaran 2025: Wangian Sempena Aidilfitri Untuk Anda & Dia
Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit Asia
Merungkai Solekan Berseri Luna Maya Pada Hari Bahagia
Dikenali sebagai bois de rose iaitu gabungan serbuk bergamot, buah sitrus Guerlain yang ikonik serta kemegahan kayu mawar dalam satu wangian. Baunya unik dan sangat kompleks, di mana mewangikan kulit dengan bauan yang terasa maskulin dan feminin pada masa yang sama.
Produk kecantikan Ultra Violette kini kembali berinovasi, mentakrifkan semula cara melindung dan memanjakan kulit daripada sinaran matahari atau sebarang musim. Alami keajaiban formula ultra ringan yang membuatkan kulit terasa lembut bak sutera.
Tanpa mengganggu sebarang solekan dan tidak berminyak, Preen Screen dengan SPF 50 ini mampu melindungi kulit dengan hanya semburan serta sesuai buat semua jenis kulit. Turut direka untuk kegunaan harian di mana produk kecantikan ini menjimatkan masa dan mudah digunakan tidak kira masa, tempat dan juga cuaca.
Tingkatkan rutin kecantikan dengan Clinique Even Better Clinical Radical Dark Spot Corrector + Interrupter yang merupakan pelancaran semula serum nombor satu jenama ini. Serum ikonik ini kini kembali lebih baik daripada sebelumnya!
Berfungsi menangani bukan satu tetapi dua penuaan iaitu glycation dan sallowness. Ianya berfungsi dengan efektif pada perubahan warna, kesan cela yang tidak diingini dan bintik-bintik gelap yang menjengkelkan.
Turut mencerah dan meratakan kulit, membuatkan kulit tampak lebih anjal dan berseri seperti yang diidam-idamkan!
Artikel Berkaitan: 5 Produk Kecantikan Terkini Wajib Beli Ogos Ini
Rangkaian Produk Kecantikan Yang Perlu Dimiliki September Ini
1. Supergoop! Lipshade 100% Mineral SPF 30

Foto: Supergoop!
2. Sulwhasoo Ultimate S Cream

Foto: Sulwhasoo
3. Guerlain Aqua Allegoria Forte
Penjagaan diri tidak lengkap tanpa produk wangian badan. Guerlain kini melancarkan tiga eaux de parfum baharu, koleksi pewangi berasaskan kepada tiang biodiversiti iaitu pokok dan hutan. Minyak wangi dengan nota berkayu ini menyemai wangian dengan tiga jenis kekuatan pewangi yang sangat harum dan terasa mahal.Bosca Vanilla – The Intense Vibration of Wood Warmed by the Sun

Foto: Guerlain
Oud Yuzu – Spotlight on the Wood of the Gods

Foto: Guerlain
Rosa Palissandro – The Noble Power of Rosewood

Foto: Guerlain
See Also
4. Ultra Violette Preen Screen SPF 50

Foto: Ultra Violette
5. Clinique Even Better Clinical Radical Dark Spot Corrector + Interrupter

Foto: Clinique
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
